Kuala Lumpur 18 April - Pengerusi Biro Politik Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Seri Dr. Mohd. Hilmi Ismail meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pagi ini.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Taman Tun Dr. Ismail selepas solat Asar.
Semasa hayatnya, beliau turut memegang jawatan Pengerusi Gagasan Melayu Perak (GMP) dan juga merupakan tokoh yang aktif memperjuangkan hak-hak kaum Melayu di negara ini.
0 comments:
Post a Comment