Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 3, 2014

MH370: FAHAMI TUJUAN NAJIB GUNA PERKATAAN 'BERAKHIR' - DUTA CHINA




Kuala Lumpur - Duta Besar China ke Malaysia, Dr. Huang Huikang meminta semua pihak memahami mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggunakan perkataan berakhir bagi menjelaskan kehilangan pesawat MH370.

Beliau memahami Najib telah secara berhati-hati memilih menggunakan perkataan berakhir pada sidang akhbar 24 Mac lalu.

"Kenyataan itu memberi pelbagai makna dan kadang-kala disalah tafsir. Ada yang anggap ia bermaksud sebagai kehilangan, ada yang memahami sebagai terhempas, ada yang mentafsir tidak ada yang selamat.

"Saya faham Perdana Menteri (Najib) berhati-hati memilih perkataan. Tujuannya hanya untuk menggelakkan sebarang makna yang menyakitkan kepada keluarga penumpang," jelas Huikang.

Huikang dalam sidang akbar khas kepada media di Kedutaan China hari ini berkata, ramai ahli keluarga penumpang China yang berharap masih ada harapan orang yang mereka sayangi terselamat dan pesawat berkenaan dirampas oleh seseorang.

"Kalau anda menyatakan secara terbuka bahawa pesawat terhempas dan tidak ada yang terselamat, ini akan memberi kesan mendalam kepada keluarga.

"Jadi, tolong faham tujuan (pengunaan perkataan berakhir) kepada perasaan keluarga penumpang," rayu Huikang.

Tegas beliau, orang ramai tidak sepatutnya terlalu fokus kepada makna perkataan berakhir, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencari.

Huikang berkata, beliau juga telah mendapatkan kepastian daripada pakar dan pegawai Malaysia mengenai maksud perkataan ‘berakhir’ yang dibuat oleh Najib itu.

"Ia bermaksud penerbangan dari Kuala Lumpur selama 8 jam dan akhirnya tamat di selatan Lautan Hindi.

"Perkataan ini memberi panduan signifikan. Sebelum ini operasi mencari di koridor utara dan selatan. Dengan kesimpulan itu, kita hanya fokus usaha di koridor Selatan sahaja," kata Huikang.

0 comments:

share2