Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 4, 2014

KOMPLEKS PENYAYANG SESAK DENGAN PEMOHON BANTUAN BANJIR


Blogger CMK juga hadir...mendaftar bantuan banjir (?)


Kuantan 4hb April - Kompleks Penyayang Kuantan di (by pass) Jalan Kg Tiram dilaporkan sesak sejak awal pagi tadi berikutan mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir menyerbu untuk mendaftarkan permohonan mereka kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat bagi mendapatkan Bantuan Banjir Sumbangan Kerajaan UAE. (Sila Klik Sini)

Crew PahangKu serta merta ke tempat kejadian apabila dimaklumkan berlaku keributan ketika pendaftaran berkanaan berjalan. 

Memang terdapat ribuan mangsa banjir yang berduyun-duyun datang untuk mendaftar namun keadaan tidaklah kecoh sebagaimana yang dilaporkan dilaman-laman facebook sejak pagi tadi.


Bagaimanapun mereka yang ditemui merungut tentang layanan yang diberikan oleh pegawai yang bertugas yang disifatkan tidak sistemetik. Mangsa yang datang menyerbu membuatkan keadaan kelam kabut dan sukar dikawal. Ada yang mempersoalkan kenapa tidak dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan diminta datang pada hari-hari tertentu bagi mengelak kesesakan sebagaimana yang berlaku.

Selain itu, pemberitahuan yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) mendukacitakan mereka bahkan ada yang hanya mengetahuinya melalui orang ketiga yang dihebahkan dikedai-kedai kopi.

Pihak kami cuma menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat unntuk mendapat penjelasan sebenar namun pihak yang berkenaan tidak dapat dihubungi.



Jalan yang sesak dengan kenderaan

Punca kesesakan adalah pemandu meletakkan kenderaan mereka dibahu jalan

Pandangan bahu jalan berdekatan pintu masuk

Kesesakan dipintu masuk

Pintu masuk kompleks

Mangsa yang berpusu-pusu di pintu utama bangunan

Pandangan di pintu utama kompleks

Keadaan sesak dan kelam-kabut

Ketiadaan kaunter rasmi dan kaunter pertanyaan menyukarkan orang ramai

Antara petugas yang terpaksa menahan sabar menghadapi kerenah orang ramai

Pintu masuk ditutup bagi mengelakkan diserbu

Kesukaran orang ramai ketika mendaftar berikutan tidak dimaklumkan dengan jelas


Penyokong kuat pembangkang juga turut mendaftar

Yang mendukacitakan adalah keadaan dipintu masuk yang dibanjiri air berikutan paip pecah seakan menjadi gimik kepada pendaftaran bantuan banjir


0 comments:

share2