Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 18, 2014

JABATAN DAN AGENSI KERAJAAN ANJUR PROGRAM KEBAJIKAN

Kuantan - Dalam usaha menjejaki dengan lebih dekat permasalahan rakyat, pelbagai agensi dan jabatan kerajaan turun padang melalui penganjuran program kebajikan dan ziarah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar sepanjang bulan ini.

Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Lepar Datuk Mohd Shohaimi Jusoh selain dapat merapatkan lagi hubungan sedia ada, ia juga dapat membantu meringankan bebanan yang ditanggung penduduk.

"Sambil melawat orang sakit kita juga dapat mendengar permasalah yang ditimbulkan agar dapat diketengahkan kepada pihak berkenaan dengan lebih cepat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai program "Santai Mesra" di DUN Lepar di sini anjuran Jabatan Penerangan Pahang dengan kerjasama 10 agensi dan jabatan kerajaan.

Sempena program itu, empat buah rumah penduduk warga tua turut dilawati iaitu Zaliha Muhamad, 67; Salih Paroi, 58; Basir Mat, 58; Hamidah Mat Sah, 68 yang kebanyakannya uzur atau mempunyai penyakit.

Mereka menerima beberapa bentuk sumbangan seperti barangan keperluan harian dan pemeriksaan kesihatan doktor yang dibawa khas menerusi program berkenaan.

0 comments:

share2