Seoul- Korea Selatan mengerahkan pasukan pengawal pantainya menggunakan kapal dan helikopter untuk mencari dan menyelamat kira-kira 450 penumpang feri yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar sekolah yang karam di perairan selatan hari ini.
“Feri berkenaan karam dan tenggelam," kata jurucakap pengawal pantai.
“Terdapat kira-kira 450 orang dalam feri berkenan ketika kejadian. Operasi menyelamat turut dibantu oleh kapal komersial di sekitar perairan berkenaan," katanya.
Menurut AFP, laporan awal menyebut jumlah penumpang di dalam feri yang karam adalah 350 orang.
Kebanyakan penumpang di dalam feri adalah pelajar sekolah yang sedang dalam perjalanan ke sebuah pulau peranginan di Jeju.
0 comments:
Post a Comment