Ya, untuk menjadi seorang pelakon yang versatil pastinya seseorang itu tidak boleh memilih watak untuk dilakonkan dan ini juga menjadi pegangan Siti Saleha yang idamkan kepelbagaian dalam karier lakonannya.
Bercakap kepada Sinar Harian hari ini, Siti Saleha tidak akan terus menolak jika diberikan watak yang memerlukan dirinya melakonkan adegan panas walaupun tahu ianya boleh mencipta kontroversi & kurang disenangi keluarga.
“Saya tidak kisah jika terima tawaran aksi sebegitu kerana ia tuntutan kerja — namun saya akan mempertimbangkannya terlebih dahulu. Jika keterlaluan, saya akan menolaknya,” katanya.
Siti Saleha turut mendedahkan walaupun ayah beliau seorang yang bersikap terbuka, namun tetap tidak suka jika aktress ini melakukan aksi aksi berani dalam lakonan.
“Dia akan diam bila dia tidak suka dengan lakonan saya. Di situ, saya dapat tahu yang saya perlu perbaiki lakonan saya,” tambah pelakon ini yang ada merancang untuk menyambung pelajaran diEngland & memulakan perniagaan sendiri kelak.
0 comments:
Post a Comment