Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 21, 2014

MH370: TAKKAN TERHEMPAS AKIBAT MASALAH TEKNIKAL


Neil Fergus

Canberra - AUSTRALIA. Pakar keselamatan Australia, Neil Fergus berkata, jika dua objek dikesan di luar pantai Perth disahkan sebagai milik MH370 maka beliau menolak sebarang kemungkinan berlaku kesilapan teknikal.

Semalam, kerajaan Australia memaparkan imej satelit yang mungkin serpihan pesawat di kira-kira 2,500 km barat daya Perth.

Fergus yang juga Pengarah Perisikan bagi Sukan Olimpik Sydney 2000 berkata, jika berlaku kerosakan pada pesawat itu ini bermakna pesawat terbabit tidak dapat diterbangkan di mana serpihan dikesan.

“Jika serpihan itu disahkan betul teori kepincangan teknikal harus ditolak,“ katanya.

Menurutnya, tidak mungkin ada masalah teknikal atau berlaku kebakaran jika pesawat itu dapat diterbangkan ke lokasi yang didakwa penemuan serpihan terbabit.

Sementara itu, Washington Post dalam satu laporan pakar berkata, Malaysia Airlines tidak memiliki aplikasi asas yang sepatutnya diletakkan pada setiap pesawat seperti pesawat Air France yang terhempas pada 2009.

Menurut laporan itu, perisian berharga hanya 6 pound (RM33) itu dapat menghantar data penting seperti arah, kelajuan dan ketinggian walaupun selepas transponder dan sistem ACARS dimatikan.

“Aplikasi itu membantu penemuan pesawat France yang terhempas di Lautan Atlantik. Pasukan SAR dapat menemui semula pesawat itu selepas lima hari,” menurut laporan itu kepada Agensi.

Difahamkan, aplikasi dikenali sebagai Swift itu dilaporkan tidak digunakan pada pesawat MH370.

0 comments:

share2