Muadzam Shah, Rompin - Lebih dari 700 penerima BR1M yang kebanyakanya dari kalangan masyarakat Orang Asli dalam daerah Muadzah Shah hadir di Dewan Majlis Daerah Muadzam Shah untuk menerima sumbangan BR1M yang disampaikan oleh Dato' Maznah Mazlan, Adun Kawasan Muadzam Shah petang tadi (Semalam - 7hb Mac, 2014)
Bagi memudahkan proses beberapa kaunter urusetia dibuka bagi membantu urusan domumentasi dengan bantuan pemuda dan puteri UMNO Muadzam Shah.
Selain itu pegawai-pegawai dari sebuah bank komersial telah membuka beberapa kaunter bagi membolehkan penerima voucher BR1M berkenaan menunaikannya serta merta. Dengan itu akan memudahkan penerima yang dari kalangan Orang Asli supaya tidak lagi perlu datang ke bandar Muadzam Shah bagi menunaikan voucher berkenaan.
Rata-rata penerima BR1M tersebut berwajah ceria dan sangat berpuashati dengan pemberian sumbangan BR1M berkenaan kali ini. Terutama bagi masyarakat Orang Asli kerana antara mereka masih ada yang menghadapi masalah buta huruf. Justeru perkhidmatan yang sebegini sangat-sangat membantu selain dari mereka sudah tidak perlu untuk ke bandar dua tiga kali bagi urusan yang sama.
Dato' Maznah diatas pentas
Sebahagian peserta khusyuk mendengar ucapan
Kakitangan yang turut membantu
Bersama sukarelawan Pemuda dan Puteri UMNO
Kaunter May Bank yang menukarkan voucher kepada wang tunai (diatas)
Dato' Maznah yang ditemui sejurus selesai acara tetap kelihatan riang
0 comments:
Post a Comment