Skudai, Johor 6 Mac - 'Biji selasih boleh dimakan, Menjadi Perisa sedap terperi, Selamat datang kami ucapkan, Semoga majlis tambah berseri' - demikian pantuan aluan dari pengacara majlis pada malam 'Majlis Makan Malam Koi Sayang Pahang' yang dihadiri oleh seramai 172 anak-anak Pahang di UTM Sekudai, Johor.
Selain YB Dato' Shahaniza Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang selaku tetamu kehormat, majlis juga dihadiri oleh Y.Bhd Prof. Dr. Mohd Hamdan Hj Ahmad - Pengarah Institut Sultan Iskandar, Y.Bhg En. Kamalifauzi Abdul Rashid - Penolong Pengarah Kanan Biro Tata Negara Negeri Pahang, Muhamad Azahari Endi Rahman - Presiden Majlis Mahasiswa Anak-Anak Pahang dan Nur Aiman Hafizi Mustapha - Timbalan Presiden Sekretariat Anak Pahang, UTM.
Dalam ucapan beliau, YB Dato' Shahaniza menyampaikan salam takzim dari YAB DSDR Menteri Besar Pahang. Beliau juga mengingatkan pelajar kepada ulang tahun ke 40 pemerintahan kebawah duli yang maha mulia Sltan Pahang serta kepentingan institusi raja dikekal dan dipertahankan bagi menjamin hak-hak orang Melayu dan agama Islam akan terus dapat dikekalkan kerana kedaulatan agama didukung oleh institusi raja-raja.
Beliau juga mengingatkan bahawa Dasar Pelajaran Kebangsaan telah mampu membantu anak-anak Melayu untuk berjaya dengan adanya sistem kuota yang membolehkan pencapaian 30% kemasukan dipusat pengajian tinggi.
Selain itu beliau juga menjelaskan isu-isu semasa yang melanda kerajaan dewasa ini. Beliau juga sempat menerangkan secara ringkas mengenai isu Lynas serta Rare Earth yang diputarbelitkan oleh pihak pembangkang dalam menimbulkan kebencian terhadap kerajaan.
YB Dato' Shahaniza Shamsuddin juga meluluskan sejumlah peruntukan dari Kerajaan Negeri bagi dana kepada Persatuan Anak-Anak Pahang UTM untuk tujuan aktiviti-aktiviti persatuan.
Dato' Shahaniza menerima cenderamata
Ucapan Prof. Dr. Hamdan
Sebahagian pelajar ketika mendengar ucapan
Sebahagian yang lain
Sembang-sembang sebelum berpisah
Antara tenaga pelajar yang berkhidmat dibelakang tabir
dalam menjayakan program
Sebahagian mahasiswi megambil kesempatan bergambar
bersama pemimpin
bersama pemimpin
0 comments:
Post a Comment