Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan kematian 6 orang remaja yang mengunjungi Konsert Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil. Selain dari 6 yang mati, masih ada beberapa orang lagi yang masih didalam keadaan kritikal akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Justeri itu, konsert berkenaan yang dijadualkan dari 13 hingga 15 Mac terpaksa dibatalkan dengan mencatat sejarah hitam penglibatan remaja negara kita dalam aktiviti dadah dalam penganjuran konsert yang berlangsung selama 2 hari itu.
Sebelum itu, sejak awal lagi pihak polis sudah berjaya menahan 19 remaja yang didapati menggunakan dadah ketika menyertai konsert tersebut. Menurut maklumat, bukan hanya remaja tempatan sahaja yang didapati dalam ketagihan dadah bahkan terdapat juga remaja warga asing termasuk dari Singapura, Sudah, Australia dan Indonesia juga. (Baca di sini)
Berikutan kejadian berkenaan, beberapa pesta dan persembahan bercorak music yang akan anjurkan juga terpaksa dibatalkan akibat dari bantahan beberapa pertubuhan-pertubuhan dan ngo. Ada pihak memandangnya sebagai tidak wajar kerana event berkenaan sebenarnya juga menjana ekonomi kepada pihak tertentu. Bukan sedikit wang yang dilaburkan untuk menjayakan event berkenaan dan bukan sedikit juga wang yang mampu diraih oleh pihak-pihak tertentu, namun akibat dari kegilaan remaja masa kini yang menjebakkan diri dengan dadah, maka segalanya terpaksa dikorbankan.
Kita tidak mempertikaikan keputusan yang kerajaan buat kerana kita percaya kerajaan sudah dan akan sentiasa melakukan yang terbaik untuk semua dengan mempertimbangkan segala baik buruknya, pasti ada yang terpaksa dikorbankan demi kebaikan ramai.
Di Kuantan, acara musik yang dinamakan 'Kuantan Music Festival', yang patut juga digelar sebagai mini 'Rainforest World Music Festival' yang dijadualkan berlangsung pada 4 & 5 April di Cherating terpaksa dibatalkan akibat tidak mendapat kebenaran dari pihak polis. Berkemungkinan bagi membendung gejala yang berlaku di Bukit Jalil dari merebak.
Acara di 'Kuantan Music Festival' tiada langsung kene-mengena dan kaitan dengan konsert seperti yang diadakan kerana pengisiannya adalah berlainan sama sekali. KMF selain menyajikan music dan lagu-lagu yang menonjolkan ciri-ciri etnik, ianya juga mengadakan bengkel-bengkel bagi membincangkan dan menyentuh music sedunia. Namun malangnya apabila sesuatu yang baik juga terpaksa dikorbankan ibarat kata, "kerana nila setitik, rosak susu sebelanga".
Mungkin pihak berkuasa akan mempertimbangkan semula untuk membenarkan event yang akan menarik ramai peminat music dan pelancong ke Pahang ini untuk dibenarkan dilangsungkan setelah memahami dan benar-benar mengerti hakikat dan konsep yang dibawa dalam 'Kuantan Music Festival' itu nanti.
- Editor
0 comments:
Post a Comment