Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 2, 2014

ANAK MATI MULUT DIMANGGA


                       Mayat Godrich Elvis yang dimangga mulutnya sebelum dibunuh bapa

Lagos (Nigeria): Seorang lelaki ditahan semalam selepas didakwa mengunci mulut anaknya dengan kunci mangga semata-mata untuk memaksa budak itu berhenti menjerit ketika dia memukul mangsa hingga mati.

Chris Elvis, 30, didakwa menuduh anaknya, Godrich Elvis, 4 ‘Ogbanje’ atau ‘Anak Syaitan’ dan menyalahkan budak itu menjadi punca kepada nasib malang yang menimpa dirinya sejak beberapa hari lalu.

Mengikut fail mahkamah, pengawal keselamatan itu memukul anaknya, melecurkan seluruh tubuh mangsa dengan seterika dan menguncinya dalam tong plastik.

Ibu kanak-kanak itu menghubungi polis sebaik menemui anaknya yang mati dalam keadaan yang mengerikan selepas pulang dari pasar.

Chris berpura-pura gila ketika ditahan, tetapi dia di sahkan normal, lapor International Business Times.

Dia ditahan selepas dituduh membunuh.

“Kamu, Chris Elvis, pada 10 Februari 2014 sekitar jam 5 petang di nombor 7, Jalan Adetola Adelaja , Meiran Lagos, melakukan pembunuhan ke atas Godrich Elvis, berusia empat tahun menggunakan seterika untuk melecur badan dan meletakkannya di dalam tong plastik serta mengunci tong itu dengan mangga justeru melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 221 Undang-undang Jenayah Negeri Lagos, Nigeria 2011,” menurut kertas pertuduhan ke atas Chris.- AP

0 comments:

share2