Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 21, 2014

YINGLUCK DIBURU RAKYAT THAILAND



BANGKOK - Lebih 3000 penunjuk perasaan antikerajaan mengepung ibu pejabat sementara Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra. 

Kumpulan penunjuk perasaan mendesak supaya beliau dan kepemimpinannya berundur, sehari selepas pertempuran berlaku yang menyebabkan lima orang terkorban dan ramai lagi cedera. 

Sebelum itu, dilaporkan 4 orang terbunuh dan puluhan lain cedera ketika penunjuk perasaan antikerajaan bertempur dengan pihak polis Thailand.  Pihak polis dikatakan telah menggempur bangunan bangunan kerajaan yang dirampas oleh penunjuk perasaan.




Pegawai polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri berkata, seorang anggota polis dan tiga penunjuk perasaan disahkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Sumber pusat perubatan melaporkan, seramai 64 orang cedera dalam pertempuran itu selepas penunjuk perasaan enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dalam tempoh sejam.

Penunjuk perasaan yang diketuai oleh Suthep Thaugsuban telah berikrar akan terus memburu dan menangkap Yingluck Shinawatra selagi beliau masih memegang tampuk pemerintahan.

Suthep berkata, mereka akan terus menjejaki Yingluck setiap hari dan pada masa sama mengesyaki, Perdana Menteri itu mungkin telah meninggalkan negara ini.

“"Kami akan menjejakinya sepanjang hari, sehingga dia tidak mampu tinggal di sini," katanya.

1 comments:

  • hasnul rahman says:
    February 21, 2014 at 4:05 PM

    Salam 1Malaysia,
    Apa yg berlaku di Thailand membuktikan betapa apabila sesebuah negara bangsa diserahkan kuasa mentadbirnya kpd kaum imigran Cina, maka terimalah padahnya.

    Kini rakyat Thailand bagaikan 'sudah terantuk, baru terngadah'.

    Baru mereka tahu bagaimana 'penangan' kaum imigran itu apabila mereka dapat kuasa.

    Segala pembangunan dan kemajuan yg dicipta musnah dalam sekelip mata.

    Fikir-fikirkanlah wahai pribumi Malaysia....

share2