Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 26, 2014

USTAZ MAMPU AMBIL WANG DARI ALAM GHAIB




Jakarta - Kehebatan seorang ustaz yang tidak dikenali dan dipercayai mempunyai kuasa sakti untuk menggandakan wang di Jawa Timur, mula tersebar di laman web perkongsian video, YouTube beberapa hari lalu.

Rakaman itu kini mula heboh diperkatakan dan lawan web, Merdeka.com, melaporkan bahawa wang dalam nilai seratus ribu dan lima puluh ribu rupiah dilihat membukit dihadapan ustaz itu sambil tangannya terus menerus mengeluarkan wang daripada belakang pinggangnya.

Wang yang dilihat dalam rakaman itu dipercayai dihasilkan oleh ustaz tersebut melalui cara yang luar biasa dengan menggunakan kuasa ghaibnya.

Dalam laman perkongsian video itu, lelaki tersebut yang memakai jubah putih dan berserban hitam duduk di atas sebuah kerusi.

Untuk mendapatkan wang, dia hanya perlu meletakkan tangannya ke belakang badan dan dengan sekelip mata sejumlah wang akan berada di tangannya dan kemudian dicampakkan ke lantai bersama sejumlah wang lain.

Rakaman video itu bertajuk, 'HEBOH!!! Ki Kanjeng Kyai dari Probolinggo Bisa Menggandakan Uang Asli'. - Sumber

2 comments:

  • Anonymous says:
    February 26, 2014 at 9:16 AM

    Dalam islam duit tu bukan duit halal ,tak tau dari mana puncanya ,bukan hasil usaha sendiri , lagi satu kenapa duit tu di campak campakkan oleh seorang ustaz yang nampaknya kurang manis dilihat

  • Anonymous says:
    May 26, 2014 at 12:09 PM

    Dah terang lagi bersuluh menipu org yg sengal sahaja.mcm mana la org agama lain xrespek dan pandang rendah pada umat islam yg miskin duit lagi cetek ilmu pengetahuan dan bahkan agama.
    Cuba perhatikan kenapa si bongok ni pakai jubah tutup kaki sambil mengangkang besar apa ada bwh kerusi dia.klu setakat nak buat trick ni org malaysia lg senang kot.cuba korg convert duit RM ke Rupiah.rasa2 dlm 5k pun dah cukup banyak kot untuk buat trick yg lebih kurang sama.boleh je buat duit modal untuk berkali2 depan orang.pakai duit yg sama la.pastu cari membe2 yg pandai berlakon kononnya dia datang buat tarik duit ni.tapi jangan pakai kopiah dan sebut allah.klu aku nampak memang aku terajang korang kaw2 punya.

share2