Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 14, 2014

UPAH PEMBUNUH BUNUH SUAMI

Gambar Hiasan


JAKARTA - Seorang isteri, Saodah, 43 tahun telah mengupah seorang lelaki untuk membunuh suaminya kerana suaminya telah berkahwin lain.

Kemarahan Saodah semakin bertambah apabila madunya yang sedang hamil 7 bulan mendapat hadiah sebuah rumah sedangkan dia dan tiga orang anaknya sering diabaikan oleh Mustain. Kerana terlalu kecewa, dia menghubungi abang iparnya Hasun, yang kemudian memperkenalkan dia kepada seorang pemuda bernama Panidi, 34 tahun.

"Panidi mengaku dia dibayar sebanyaj Rp4 juta (RM1,114) oleh Saodah. Selain itu, biaya hidup dia selama di Jakarta juga akan ditanggung oleh Saodah," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Jakarta Utara, Daddy Hartadi.

Dalam kejadian ini, Saodah berpura pura mengejutkan Mustain dari tidur dengan alasan ada seseorang mahu membeli besi buruk darinya. Apabila Mustain pergi ke bilik mandi, Panidi datang lalu memukulnya sehingga mati. Selepas membunuh Mustain, Panidi melarikan diri ke Lampung selama 10 hari.

Saodah pula meninggalkan rumah sebaik-baik suaminya masuk ke bilik mandi dan kembali semula tiga jam kemudian.

Setiba di rumah semula, Saodah berpura-pura menjerit apabila melihat mayat suaminya sehingga menarik perhatian jiran tetangga yang kemudiannya berkejar ke rumah mangsa.

"Saodah mendakwa suaminya jatuh di bilik mandi dan meninggal dunia," kata Daddy.

Walaubagaimanapun kes ini berjaya diselesaikan oleh pihak berkuasa dan berjaya membuktikan penglibatan Saodah, Hasun dan Panidi didalam pembunuhan Mustain. Kini mereka bertiga sudahpun dikenakan hukuman penjara sebelum berdepan dengan hukuman gantung sampai mati kerana membunuh.


0 comments:

share2