Jika kita fahami dengan betul maka pasti kita akan sedar bahawa ayat diposting Tian Chua diatas adalah berupa hasutan yang mendorong penyokong pembangkang supaya percaya bahawa adanya ribuan pengundi hantu warga Myanmar yang dibawa masuk ke Kajang bagi membantu BN menangi PRK di Kajang.
Kes ribuan pengundi Bangla yang datang ke Malaysia sebagai pengundi hantu dahulu masih belum diselesaikan lagi namun spekulasi baru sudah pihak pembangkang cipta lagi.
Saya tidak hairan kepada yang mengucapkannya kerana beliau adalah tokoh politik dan tentu beliau akan menggunakan apa saja cara untuk mendapat keuntungan dan faedah politik dari sebarang keadaan. Yang saya hairankan kenapakah masih ada lagi pengikut fanatik pembangkang yang 'teramat bodoh' untuk percaya kepada fitnah yang sedemikian itu tanpa dapat berfikir bahawa ianya langsung tidak masuk akal.
Dulu DS Anwar menjaja diserata tempat diseluruh negara konon adanya pengundi Bangla yang dibawa khas untuk mengundi bagi menangkan BN dalam PRU13, namun akhirnya tidak mengaku bahawa beliau pernah menyatakan demikian setelah rakyat sedar ketidak mungkinan membawa sebegitu banyak warga Bangla untuk dijadikan pengundi.
Sekali terkena bolehlah kita katakan sebagai kesilapan, namun jika kali kedua kita membiarkan diri kita terkena lagi sudah tentulah ianya adalah satu kebodohan yang terlampau.
Masalahnya adalah dengan persepsi yang diciptakan oleh pemimpin pembangkang membuatkan keadaan jadi huru-hara dan kecoh sana sini akibat percaya kepada fitnah yang dijaja. Apakah rakyat rela hidup dalam keadaan yang tidak tenteram selama-lamanya? Lihatlah apa yang terjadi dalam PRU13 lalu didalam klip video dibawah ini akibat percayakan fitnah yang pemimpin mereka jaja.
Baca blog ini untuk mendapat gambaran lebih jelas....(klik disini)
Editor
0 comments:
Post a Comment