Kuantan 12 Feb - Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan dan Pelancongan Negeri Pahang Yb. Dato' Mohd Sharkar Shamsudin meminta pihak pengurusan hotel dan agensi pelancongan memberikan kerjasama yang erat bagi memastikan industri pelancongan di negeri Pahang terus berkembang pesat serta berdaya saing.
Beliau berkata demikian dalam 'Majlis Ramah Mesra Media, Pengusaha Pelancongan dan Hotel bersama Exco Kebudayaan dan Pelancongan Pahang di sebuah hotel disini.
Kerjasama diantara agensi pelancongan, pengusaha penginapan dan pengusaha makanan sangatlah perlu memandangkan adanya hubungkait dan saling menyumbang diantara satu sama lain. Dengan ujudnya kerjasama erat itu maka semua pihak akan mendapat manafaatnya - katanya lagi.
Turut hadir dalam perjumpaan tersebut Pengurus Besar Pelancongan Pahang (Perbadanan kemajuan Bukit Freaser) Hj. Ishak Mokhtar, Pengarah Pelancongan Malaysia Negeri Pahang Hj Idros Yahya dan Pengarah Tourism Malaysia Pahang Mohd Faharuddin Hatmin.
Dato' Mohd Sharkar juga menyeru semua pemain dalam industri pelancongan agar dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memusakan serta menyediakan pakej yang menarik bagi memastikan pelancong akan terpikat dan tinggal lebih lama seterusnya berbelanja lebih bagi menambah pendapatan mereka yang terlibat.
Compared to Exco wanita pelancongan Pahang dulu, Dato shakar tak nampak apa yg dia buat. Nothing new and nothing exciting.
Bina lebih bnyk hotel bagus2 di Temerloh dan pelbagaikan pakej pelancongan di daerah ini. Sangat ketinggalan berbanding dgn tempat yg lain.
6:33, Mungkin beliau perlu lebih masa untuk rancang dan lakukan sesuatu...Kota Rom tidak terbina dalam masa satu hari...
Setuju dgn anon 6:33, tak nampak sebarang perubahan dan kemajuan pelancongan pahang. Dulu masa exco ni pegang portfolio IT pun mcm xberfungsi je..