Terminal Bas Indera Mahkota
Moden dan menarik
Sistem pengangkutan awam yang lebih baik sangat diperlukan bagi memajukan Pahang khususnya ibu negerinya Kuantan.
Kesesakan lalulintas di bandar Kuantan semakin terasa dari sehari ke sehari berikutan pertambahan bilangan kenderaan persendirian.
Tindakan bijak kerajaan memindahkan terminal bas dari berhampiran stadium ke bandar Indera Mahkota sangat membantu mengirangkan kesesakan. Sokongan perkhidmatan bas Rapid Kuantan menghubungkan terminal bas di Indeta Mahkota ke pusat bandar juga dapat membantu melancarkan perjalanan.
Bagaimanapun, pengangkutan awam seperti LRT atau monorail yang menghubungkan pusat bandar Kuantan dengan Indera Mahkota dan kawasan sekitarnya dijangka akan memberi impak lebih besar kepada pengurangan kesesakan lalulintas.
Selain itu, cadangan menghubungkan Ibu Kota Kuala Lumpur dengan Kuantan dengan pengangkutan keretapi dirasakan sudah tiba pada masanya.
Selain dari memudahkan perhubungan ianya juga akan mampu membantu mengurangkan kesesakan lalulintas di lebuhraya pantai timur.
Sistem keretapi Komuter dari KL Sentral melalui Genting Highand, Bukit Tinggi, Bentong, Mentakab, Maran, Gambang ke Indera Mahkota juga dijangka akan dapat memberi impak kepada perkembangan industri pelancongan negeri Pahang.
Rakyat negeri Pahang sesungguhnya sangat-sangat menantikan impian ini menjadi realiti dalam waktu yang terdekat.
Editor.
Pahang mmg sentiasa dianaktirikan pembangunannya.. kalau ada pun Kuantan dan Pekan ajerlah.. Daerah lain boleh tengok ajerlah.. daerah Temerloh tu memang boleh maju, lokasi sesuai tapi pemerintah buat tak tau jer. Mohon bajet pun sentiasa tak lepas. kan best kalau Pahang macam Perak, Selangor, Johor yang semua daerah pun dibangunkan, tak fokus pada ibu negeri semata-mata..