Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 21, 2014

PENDUDUK MASJIDILHARAM MENJADI JUTAWAN

Gambar Hiasan


MEKAH -  Penduduk sekitar Masjilharam bakal menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila tanah mereka diambil Kerajaan Arab Saudi untuk tujuan pembesaran masjid tersebut.

Mustafa al-Balushi, salah seorang penduduk yang mendiami sebuah rumah kecil berhampiran masjid itu, bakal menjadi seorang jutawan, selepas rumahnya yang hanya berukuran 120 meter persegi dianggarkan bernilai 8 juta riyal (RM7.02 juta).

Mustafa, seorang kakitangan kerajaan dan sering mengalami masalah kewangan berkata, dia mewarisi rumah tersebut daripada bapanya. Rumah berkenaan dakwanya dibeli bapanya hampir seratus tahun lalu. Namun kini ianya dianggarkan bernilai 65,000 riyal (RM57,045.3) bagi setiap satu meter persegi.

''Saya bercadang untuk membeli sebuah rumah besar dan kereta. Semuanya berubah dalam sekelip mata dengan kuasa Allah SWT,'' jelas Mustafa.

Namun dia tetap merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan rumah tersebut dan berpindah ke kawasan lain.

"Sukar untuk melupakan kenangan indah tinggal di rumah ini. Setiap hari saya akan mendengar laungan azan.

''Kami juga pasti akan terkenangkan suasana syahdu setiap kali tiba Ramadan dan hubungan kami dengan jemaah haji dan pelawat yang datang ke masjid ini. Wang tidak akan dapat menggantikan semua yang kami lalui selama tinggal di sini,'' katanya.

Seorang lagi pemilik sebuah institusi hartanah, Abbas al-Tukhi berkata, lebih 12,000 keluarga kini menetap di sekitar kawasan pembesaran Masjidilharam dan mereka layak menerima pampasan.

"Kehidupan mereka bakal berubah dalam sekelip mata,'' katanya.

Harga tanah di kawasan ini berbeza-beza mengikut keluasan dan kedudukan tanah itu dengan Masjidilharam, sebagai contoh jalan raya yang terletak berhampiran masjid berkenaan bernilai 90,000 riyal (RM78,985.80) bagi satu meter persegi.

"Jumlah wang pampasan yang terlalu tinggi akan menyebabkan berlaku ledakan besar dalam pasaran hartanah di Mekah. Harga tanah dan rumah termasuk kadar sewa dijangka meningkat sebanyak 30 peratus berikutan peningkatan harga hartanah di kawasan ini,'' katanya. - AGENSI


0 comments:

share2