Kuala Lumpur - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersetuju membantu Anwar mencapai hajat menjadi ADUN Kajang didalam pilihanraya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.
Begitupun, Abdul Hadi menegaskan PAS hanya membantu Anwar atas setiakawan didalam Pakatan Rakyat namun PAS tidak sesekali menerima cadangan Anwar Ibrahim untuk menjadi Menteri Besar Selangor.
Menurut Abdul Hadi lagi, keputusan dibincang dan diputuskan didalam Mesyuarat Lajnah Politik dan Pilihan Raya PAS di pejabat Agung PAS semalam. PAS Pusat dan Negeri akan membantu Anwar berdasarkan keperluannya.
"Untuk mengetuai jentera Pilihan Raya PAS, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas pusat Dr. Mohd. Hatta Ramli telah dilantik untuk memimpin jentera pilihan raya kecil DUN Kajang.
Kerusi DUN Kajang kosong selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Januari lalu bagi memberi laluan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.
0 comments:
Post a Comment