Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 19, 2014

MISTERI TASIK LAUT SALTON



CALIFORNIA - Dari jauh, tiada perkara yang ganjil kelihatan pada tasik Laut Salton di California, Amerika Syarikat (AS) melainkan pemandangan air yang kebiruan-biruan dan pasir yang memutih.

Bagaimanapun, pemandangan indah itu sebenarnya merupakan ilusi anda semata-mata kerana hakikat sebenar ialah air tasik di situ sebenarnya berwarna coklat dan warna biru itu adalah pantulan daripada awan.

Selain itu, tebing tasik Laut Salton yang kelihatan seperti pasir pantai yang memutih sebenarnya ialah tulang hancur daripada jutaan ikan yang mati di situ sejak puluhan tahun lalu.

Suatu ketika dahulu, Tasik Laut Salton di California, Amerika Syarikat amat popular di kalangan pelancong. Tasik ini asalnya terbentuk pada tahun 1905 apabila sebuah projek terusan di Sungai Colarado pecah akibat hujan lebat. Kemalangan itu membuatkan berjuta juta gelen air mengalir ke kawasan rendah lalu membentuk sebuah takungan air yang besar di gurun California.

Pada tahun 1950 dan 60an, Tasik Laut Salton amat popular dan digelar sebagai keajaiban padang pasir. Ianya menjadi semakin popular apabila ianya menjadi lokasi artis Hollywood seperti Sonny Bono dan Beach Boys mandi dan beriadah disana.

Namun kemasyuran Tasik Laut Salton tidak kekal lama apabila pembangunan menjadi semakin tidak terkawal. Kandungan air tasik menjadi semakin tercemar apabila projek pertanian yang dijalankan berhampiran tasik tersebut mengalirkan sisa racun serangga dan baja.

Keadaan tasik juga yang tidak mempunyai saliran air untuk keluar telah memburukkan lagi keadaan. Kandungan racun, garam dan toksin yang terkumpul membuatkan airnya menjadi lebih masin 30% daripada laut Pasifik membuatkan pelbagai hidupan seperti ikan dan burung mati bergelimpangan.

Keadaan ini membuatkan kawasan tebing tasik menjadi dibanjiri jutaan bangkai ikan sekaligus menjadikan lokasi berkenaan ditinggalkan.

Menurut laporan BBC, kandungan air yang tercemar tidak perlu dibimbangkan. Tetapi apa yang ditakuti adalah apabila kandungan air tasik yang dijangka menyusut sehingga 60% dalam tempoh 20 tahun. Ini kerana ianya mengandungi debu beracun yang boleh tersebar melalui angin. Untuk mengelakkan bencana itu berlaku, Kerajaan Amerika perlu membelanjakan jutaan dollar untuk memulihkan kawasan berkenaan.

0 comments:

share2