Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 5, 2014

MEMPROMOSI PELANCONGAN PAHANG MELALUI MEDIA SOSIAL






Kuantan 5 Feb - Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang dalam kenyataan medianya kepada 'PahangKu Media' sebentar tadi, memaklumkan bahawa satu program yang dinamakan 'PahangKu Tweet-up' akan diadakan di Bukit Freaser pada 14 februari akan datang.

Program berkenaan adalah bagi melancarkan 'tag line' baru Pelancongan Pahang sempena Tahun Melawat Malaysia peringkat negeri Pahang disamping mempromosikan produk dan destinasi pelancongan negeri Pahang.

Tambah beliau, destinasi pelancongan Pahang sudah sekian lama terkenal bukan sahaja kepadanpelancong tempatan malahan kepada pelancong asing juga. Negeri Pahang menawarkan pakej pelancongan yang lengkap dari pulau dan pantai hingga ke hutan rimba tertua dunia.

Pada tahun ini, Pahang mensasarkan seramai 12 juta pelancong yang akan melancong ke destinasi-destinasi pelancongan seluruh negeri Pahang dengan membawa pulangan sebanyak RM 7 billion kepada pengusaha industri pelancongan.

Pada program berkenaan, seramai 160 orang pengiat media sosial terpilih dijangka akan berkumpul di Bukit Freaser dan mempromosikan destinasi pelancongan Pahang melalui tweeter bermula jam 9.00 malam hingga 11.00 malam dengan menggunakan '#panoramicpahang'.


1 comments:

  • Anonymous says:
    February 6, 2014 at 9:55 PM

    Daerah lain di Pahang banyak tempat pelancongan kecuali Temerloh. Tolonglah majukan Temerloh tu jugak..

share2