Penemuan fosil gigi dinosaur 'Spinosaurid Therapod' di Pahang baru-baru ini telah menarik minat ramai untuk mengetahui benarkah pernah ujud kehidupan gergasi purba itu di negara kita khususnya di Pahang dan dimanakan lokasi ianya ditemui.
Sidang akhbar oleh Profesor Dr. Masatoshi Sone yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang DSDR Adnan Yaakob pada selasa lalu mengumumkan penemuan berkenaan selepas kajian dan cari gali yang dilakukan sejak September 2012.
Menurut Prof. Dr. Masatoshi yang mengetuai kumpulan penyelidikan Jabatan Geologi Fakulti Sains Universiti Malaya, spesies dinosaur berkenaan adalah dari jenis karnivor pemakan ikan. Fosil sebatang giginya yang ditemui baru-baru ini dinamakan sebagai 'Sample UM10575' itu berukuran 23 milimeter panjang dan 10 milimeter lebar.
Dalam sepanjang sidang akhbar berkenaan lokasi penemuan fosil tersebut tidak maklumkan dan masih dirahsiakan bagi tujuan penjagaan dan kawalan. Bagaimanapun disyaki bahawa lokasi penemuan fosil itu adalah disekitar Merapoh berdasarkan muka bumi dan beberapa penemuan fosil cengkerang hidupan laut sebelum ini.
Jajaran batu kapur dari Gua Musang hingga ke Kenong, Lipis memungkinkan fosil hidupan purba masih tersimpan kekal didalamnya. Selain itu, kawasan sekitar Merapoh memang sudah dikenalpasti sebagai dasar laut cetek pada jutaan tahun dahulu.
Pautan:
0 comments:
Post a Comment