Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 14, 2014

LANTIKKAN BEKAS MB SELANGOR SATU PENGHINAAN




SHAH ALAM: Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, apa yang penting kepadanya, Selangor kekal sebagai negeri utama yang menjadi "super model" kepada negeri lain di Malaysia.

"Saya bersedia untuk membantu jika khidmat saya diperlukan," katanya yang dikenali sebagai Mat Taib kepada The Malaysian Insider.

"Kalau hendak mulakan sesuatu di negeri Selangorlah. Orang cerdik pandai ada di sini, semua sumber ada di sini," katanya mengulas cadangan Pakatan Rakyat (PR) menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan mereka sebelum menawan Putrajaya.

Mengulas mengenai kemungkinan Anwar akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, Muhammad berkata, ia tidak mustahil berlaku kerana tidak ada undang-undang bertulis yang mengatakan hanya anak Selangor sahaja boleh memegang jawatan itu.

"Politik itu adalah the 'art of possible'. Tiada apa yang mustahil dalam politik," katanya. 

Bagaimanapun ada sesetengah pihak melihat cadangan tersebut sebagai satu penghinaan kepada parti kerana masih banyak lagi muka-muka lain yang berkelayakan. Bekas Menteri Besar Selangor  itu juga pernah dikhianati oleh DS Anwar Ibrahim sendiri suatu ketika dulu dalam mencapai cita-cita politiknya.

Tentu umum masih ingat kes yang melibatkan bekas Menteri Besar itu ketika beliau ditanah di Australia kerana membawa wang tunai dalam jumlah yang sangat banyak. Apakah kelak gabungan DS Anwar Ibrahim dan Mat Taib ini ada tujuan tertentu yang akan 'menghancurkan' negeri Selangor?


- Sumber

1 comments:

  • Anonymous says:
    February 14, 2014 at 6:06 PM

    Tuan punya badan pun dah kata 'politik is the art of possible'...maka rujukan sebegini memang mampu membawa kesusahan!

share2