Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 20, 2014

KUANTAN MUSIC FESTIVAL - 'MENGIRAMAKAN' PANTAI CHERATING




Kuantan - 'Kuantan Music Festival' - versi mini 'Rainforest World Music Festival' adakan buat julung kalinya di Kuantan pada 4 & 5hb April nanti. 

Acara tahunan yang akan menghiasi kelendar pelancongan Pahang ini akan diadakan di Holiday Villa Beach Resort & Spa, Cherating, 40 KM dari sini.

Pengarah Kementerian Pelancongan Negeri Pahang Hj. Edros Yahya berkata, festival muzik, dengan persembahan oleh artis tempatan dan antarabangsa, telah disenarai pendek antara 24 program pelancongan utama di negeri ini yang akan menarik lebih ramai pelancong.

'Sambutan ini adalah inspirasi dari kejayaan Rainforest World Music Festival, yang telah masyhur di luar negara selepas ia diperkenalkan di Sarawak'.

'Kita berharap acara muzik yang pertama di pantai timur ini juga akan dapat mendedahkan penduduk kepada gaya muzik dan budaya yang berbeza'. Selain penghibur Malaysia, artis antarabangsa termasuk dari Asia dan Eropah juga akan turut serta.

Artis-artis yang akan tampil pada 4hb April adalah Faan (Malaysia), Wilson Quah ft. Dasha Logan (Malaysia), AkashA (Malaysia), Rio Sidik Quartet (Indonesia), Ito & Purple Haze (Malaysia).

Manakala pada 5hb April pula Amir Yussof Acoustic Project (Malaysia), Paladin (Malaysia), Zull King Blues Band (Malaysia) The Art Of Fusion (Germany), T-Bone Ska (Thailand). Acara akan bermula pada jam 7.30 malam.

(Klik ke KMF)



0 comments:

share2