Sudah terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kemakmuran negara yang kita nikmati selama ini. Pihak pembangkang khususnya PKR dan DAP sama ada secara halus atau secara langsung telah memporak perandakan keharmonian yang telah kita kecapi selama ini.
DAP yang kononnya perjuangkan konsep Malaysian Malaysia namun sebenarnya hanyalah perjuangkan kaum mereka sendiri sahaja. Kaum India serta lain-lain kaum merasakan tidak meneriama layanan yang adil dan saksama melainkan pemimpin atasan yang di'rasuah' untuk mengambarkan bahawa mereka perjuangkan kesaksamaan.
Rakaman diatas memperlihatkan bahawa kaum India sudah tidak dapat bersabar dengan sikap DAP selama ini. Mereka mengutuk kerajaan namun tidak melakukan sesuatu yang baik untuk kesejahteraan keseluruhan rakyat. Mereka tidak menghormati negara ini bahkan terus mengekalkan sikap kekitaan(kecinaan) mereka. Justeru jangan hairan apabila Cina di Malaysia ini tidak fasih dan enggan bertutur bahasa Malaysia walaupun sudah menetap di negara ini sejak sekian lama.
Mungkin jika keadaan diatas dilakukan oleh orang Melayu maka sudah tentu mereka akan cepat-cepat menuduh bahawa orang Melayu bersikap rasis, namun mujurlah itu diantara kaum India dengan wartawan Cina. Itulah kenyataannya bahawa kaun India di Malaysia ini sendiri sudah jelak dan menolak politik rasis dan chauvinish DAP.
DS Anwar Ibrahim sudah terkenal dengan sikap 'political animal'nya. Beliau tentu tidak peduli apa akan jadi kepada bangsa dan negara asalkan beliau mendapat apa yang dijhajatinya - kuasa dan menjadi Perdana Menteri. Beliau memang suka kepada keadaan huru-hara untuk nanti tampil sebagai orang yang mampu menyelesaikan sagala masalah, untuk dilihat layak diangkat sebagai pemimpin negara.
Pilihanraya Kecil Dun Kajang menyaksikan sikap buruk DS Anwar sendiri. Beliau meminta Adun sedia ada supaya mengosongkan kerusi tanpa apa-apa alasan yang munasabah hanya untuk membolehkan beliau bertanding di kerusi berkenaan. Apa yang sebenarnya DS Anwar hendak?
Beliau sendiri pernah mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk untuk memberikan laluan kepada DS Azizah. Yang ingin diujinya adalah sejauh mana sokongan yang masih beliau boleh dapat ketika itu. Menjelang PRU13 beliau pernah berjanji akan tinggalkan politik jika gagal membawa Pakatan Pembangkang memerintah negara. Kini, selepas PRU13 dikala beliau sudah sah gagal namun masih tetap ingin meneruskan hasratnya.
Beliau sedar bahawa namanya sudah semakin dilupakan, justeru itulah beliau setuju untuk bertanding dalam PRK Kajang yang diciptakannya sendiri untuk menguji sejauh mana sokongan yang beliau masih ada dan untuk membuatkan namanya terus disebut-sebut sementara tiba PRU akan datang.
Bagi sesiapa yang berfikir rasional tentu akan tertanya-tanya kenapa perlu DS Anwar bertanding di Dun Kajang sedangkan beliau masih Ahli Parlimen Permatan Pauh? Banyak persoalan yang sukar dijawab. Apakah sudah tidak ada lagi anak Selangor yang boleh mengisi kekosongan itu? Apakah benar beliau ingin duduk di Dun Selangor kerana mengidamkan jawatan Menteri Besar? Bagaimana jika Sultan Selangor enggan perkenankan beliau sebagai Menteri Besar jikapun beliau dicadangkan nanti?
Ada pendapat mengatakan bahawa itulah yang diinginkannya kerana jika beliau tidak diperkenankan sebagai Menteri Besar maka beliau akan mencabarnya dan bangkitkan kekecohan seterusnya mencetuskan permulaan kepada sebuah negara republik. Saya bukan arif tentang ini namun bagi DS Anwar tidak ada sesuatupun yang mustahil baginya.
PRK Kajang nanti, rakyat Selangor dan pengundi Kajang sendiri mesti lebih bijak dalam menilai siapakah sebenarnya Anwar. Apa janji-janjinya selama ini dan apakah tertunai sudah? Jika pengundi Kajang mampu menolak dalam PRK kali ini, tentu ianya akan memberikan kesedaran kepadanya bahawa beliau sudah tidak diperlukan lagi dan negara lebih aman tanpanya.
Pemikiran saya tidak terikat kepada sesebuah parti politik kerana saya memandangnya sama sahaja, sebagai satu landasan untuk mencapai matlamat. Tidak juga terlalu banyak perbezaan diantara pemimpin sesuatu parti politik itu dengan yang lain, justeru saya tidak terlalu kisah siapa atau parti mana yang akan memerintah, cuma .... asalkan bukan DS Anwar.
Azam Abd Rahman.

0 comments:
Post a Comment