Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 22, 2014

HONG KONG TRI-NATIONS NETBALL TOURNAMENT 2014




HONG KONG - Pasukan Bola Jaring Malaysia berjaya memenangi perlawanan kedua setelah menang pada perlawanan pertama kelmarin menentang Sri Lanka yang berlangsung di Kowloon Park Sport Centre, Hong kong.

Kejohonan 'Tri-Nations Netball Tournament 2014' ini disertai oleh 3 buah negara iaitu Hong Kong, Malaysia dan Sri Lanka serta pasukan jemputan 'Hong Kong Invitational'.

Dalam aksi pertama pasukan Malaysia yang berlangsung pada 20hb Feb, Malaysia berjaya menewaskan pasukan Sri Lanka dengan jaringan 57-38. Dalam perlawanan kedua yang berlangsung semalam (21hb Feb) antara pasukan Malaysia menentang pasukan Hong Kong Invitational, Malaysia menang dengan jaringan 43-30.

Untuk perlawanan ketiga yang akan berlangsung hari ini (22hb Feb) pasukan Malaysia akan menentang Hong Kong pada jam 6:00 petang waktu tempatan.  

Pasukan Malaysia yang dibimbing oleh Choo Kon Lee bermain dengan cemerlang pada 2 perlawanan terdahulu. Sekiranya Malaysia berjaya memenangi perlawanan hari ini (22hb Feb) pasukan Malaysia akan melangkah ke final yang akan berlangsung pada 23hb Feb pada jam 3:00 petang.

Barisan pemain yang mewakili Malaysia:
  1. Puah Pei San (C/WA)
  2. Nor Syafiqin Mustafa (GA/GS/WA)
  3. Siti Nor Farhana Mustafa (WD/GD/GK)
  4. Norashikin Kamal Zaman (GA/GS)
  5. Nur Bahiyah Mohd Farit (GA/GS/WA)
  6. Nurfaezatul Aliah Ibrahim (WD/GD/GK)
  7. Nur Shamilia Samsuddin (GD/GK/WD)
  8. Izyan Syazana Mohd Wazir (GA/GS/WA)
  9. Pow Mei Foong (C/WA/WD/GD)
  10. Anis Suhaila Abdullah (WD/GD/GK)
  11. An Najwa Azizan (GA/GS/WA)
  12. Noorazilah Aziz (C/WA/WD)

Jurulatih - Choo Kon Lee
Pengurus - Zainun Md Noh
Delegasi -
             - Yb Dato' Shahaniza Shamsuddin, Naib Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia.


Foto dan laporan oleh wartawan sukan PahangKu, Noridal Othman langsung dari Hong Kong.








0 comments:

share2