Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 3, 2014

BUKIT PANORAMA, SUNGAI LEMBING




Sungai Lembing terletak kira-kira 45 kilometer di barat laut Kuantan. Terkenal sebagai pekan perlombongan bijih timah sejak awal 1900. Selain dari Lombong Sg Lembing, Muzium dan Air Terjun Pelangi, Bukit Panorama juga adalah antara destinasi menarik untuk dilawati.

Bukit setinggi lebih 1600 kaki itu mengambil  masa kira-kira 1 jam untuk ditawan. Trek dan tangga pendakian disediakan dan dijaga rapi. Beberapa pondok rehat juga disediakan bagi pengunjung untuk menghilangkan lelah.

Bukit Panorama sering digunakan oleh penduduk tempatan sebagai kawasan untuk beriadah dan berjogging. Selain itu, hutan diptrokarp bukit disitu juga menawarkan pelbagai species tumbuhan yang menarik antaranya periuk kera, buluh dan rotan 'gajah' species rotan terbesar.










0 comments:

share2