Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 20, 2014

BANGSA MELAYU 'GAGAH' SEANTERO DUNIA

Fail:HenriqueofMalacca.jpg


Panglima Awang Hitam @ Henry The Black @ Enrique of Malacca adalah seorang pelayar keturunan Melayu yang telah tercatat namanya ketika menyertai pelayaran Ferdinand Magellan mengelilingi dunia.

Melayu adalah bangsa pelaut yang besar pada suatu ketika dulu. Bahkan bahasa Melayu menjadi 'lingua franca' dikalangan pedagang-pedagang rempah yakni ketika pelabuhan Melaka menjadi pusat dagangan termasyhur dunia.

Bahasa Melayu dan bangsa Melayu berkembang keseluruh dunia sehingga ke Afrika Selatan dan keturunan Melayu masih ujud disana sehingga kini.

Kajian awal yang menyatakan Melayu berasal dari selatan China sudah tidak boleh diterima pakai lagi berikutan kajian terkini mengesahkan bahawa dari dalam darah orang China itu ujud dna Melayu.

Kegagalan dan kealpaan dalam mendokumentasi adalah antara punca bangsa dan bahasa Melayu diperkecilkan sehingga kini. Sejarah telah diubah dan ditulis semula mengikut kehendak bangsa lain sehingga menenggelamkan nama Melayu.

Bangsa Melayu patut bangkit semula dan perkuatkan diri dengan bersatu hati untuk bangun merentas zaman. Bangsa Melayu jangan rasa rendah diri kerana kita berasal dari bangsa maju dan besar suatu ketika dahulu.



1 comments:

  • paridah says:
    February 20, 2014 at 10:16 AM

    cerita panglima Awang yg belayar mengelilingi dunia ini memang sangat menarik...

share2