Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 10, 2014

ROS TIDAK TAKUT UGUTAN GENGSTER DAP


KUALA LUMPUR - Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak akan sesekali tunduk atau gusar dengan apa juga ugutan DAP, sebaliknya menasihatkan parti itu mematuhi undang-undang terlebih dahulu.

Ia respons kepada tindakan Lim Guan Eng yang jawatan Setiausaha Agungnya belum disahkan, menghantar surat berbaur ugutan agar pertubuhan itu menarik balik arahan menggantung keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) atau bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.

Penolong Pengarah Kanan ROS, Desmond Das berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa surat saman seperti yang didakwa oleh pemimpin DAP kepada media sebaliknya hanya mempersoal kapasiti ROS dalam menggantung keputusan pemilihan.

Jelas Desmond, DAP turut memberikan kata dua kepada ROS untuk menjawab surat mereka dalam tempoh 14 hari atau parti itu akan mengambil tindakan saman.

"Soalnya sekarang, kami merupakan pihak berkuasa yang diberi tanggungjawab mengendali pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik. Tidak ada sebab mengapa kami perlu tunduk dengan ugutan atau permintaan DAP.

"Daripada mereka mengugut, saya nasihatkan mereka patuhi sahaja arahan yang telah kami keluarkan untuk bekerjasama sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Desmond, pihaknya tidak akan sesuka hati bertindak ke atas mana-mana pertubuhan tanpa sebarang alasan yang kukuh, apatah lagi DAP yang sudah dua kali membuat pemilihan semula.

Baru-baru ini, Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo membuat kenyataan bahawa pihaknya menghantar surat guaman kepada ROS pada 24 Disember lalu.

Gobind mendakwa, DAP akan membuat semakan kehakiman untuk mencabar tindakan ROS kononnya di luar bidang kuasa mereka berhubung kesahihan keputusan pemilihan semula.

Sebelum ini, Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah berkata, pihaknya menggantung keputusan CEC DAP kerana siasatan masih dijalankan pada 6 Disember lepas.

Tindakan itu diambil berikutan kedegilan DAP yang enggan mengikut arahan ROS untuk menghantar maklumat lengkap berhubung pemilihan semula parti, antaranya senarai cawangan yang mengambil bahagian dan perwakilan.

Terdahulu, bekas Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman mengarahkan DAP untuk membuat pengundian semula CEC pada 30 Julai berikutan aduan penyelewengan pemilihan sebelumnya pada 30 Disember tahun lalu.

0 comments:

share2