Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, January 27, 2014

KEPIMPINAN YAB MB PAHANG MASIH UTUH, STABIL DAN BERWIBAWA




Pembangkang sudah terdesak sangat sehingga membuat provokasi murahan kononnya YAB Dato' Sri DiRaja Menteri Besar Pahang akan dipindahkan ke Pusat bagi mengisi jawatan di kabinet. 

Umum mengetahui bahawa isu perselisihan dan perebutan kuasa antara Khalid dan Azmin 'MELETOP' dan tidak dapat disembunyikan lagi malahan sehingga kini masih belum reda lagi. Justeru itu, isu siapa bakal MB Pahang sengaja dibangkitkan oleh pihak lawan bagi mengambus dan menenggelamkan isu Khalid vs Azmin. 

Kita sudah menjangkakan bahawa pembangkang akan menyerang habis-habisan YAB DSDR MB Pahang sebagai membalas dendam kerana ADUN Semambu (PKR) digantung dari menghadiri Persidangan DUN Pahang di atas 'kebodohannya sendiri' menuduh bajet yang dibentangkan YAB DSDR MB Pahang sebagai bajet palsu. 

Kita harap YAB DSDR MB Pahang tidak perlu melayan sangat 'laman blog gila' itu yang sengaja melaga-lagakan wakil rakyat di Negeri Pahang. Mereka sebenarnya kecewa kerana Negeri Pahang mempunyai Menteri Besar yang sukar digugat kewibawaannya dan berjaya mempertahankan Negeri Pahang dari jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU13 yang lalu. 

Semenjak YAB DSDR Adnan Yaakob memegang jawatan MB Pahang, pelbagai pembangunan dibawa dan bantuan diberikan untuk kebaikkan rakyat Negeri Pahang. Bukan itu sahaja, banyak kejayaan yang dicapai dalam bidang ekonomi sehingga Negeri Pahang menjadi tumpuan pelabur asing dan banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak tempatan. 

YAB DSDR MB Pahang telah berkhidmat dengan cemerlang dan rakyat Pahang sewajarnya memberikan sokongan penuh kepada kepimpinan beliau supaya Negeri Pahang terus maju, aman dan makmur.


1 comments:

  • Anonymous says:
    January 27, 2014 at 8:03 PM

    Daerah Temerloh terus terpinggir.. yg maju hanya Kuantan dan Pekan.. Semoga Phg dpt MB baharu.. Datuk Sharkar adalah pilihan terbaik.. Amin.

share2