Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, January 10, 2014

DITAHAN KERANA UGUT BUNUH IBU

RAUB - Hanya kerana tidak dibenarkan meminjam kereta, seorang anak tergamak mengugut untuk membunuh ibunya di Kampung Sungai Ruan di sini semalam.

Malah lelaki berusia 25 tahun yang merupakan penganggur itu turut mengugut akan membakar kediaman yang didiami bersama ibunya.

Kedua-dua ugutan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada kira-kira pukul 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Raub, Deputi Supritendan Wan Mohamad Samsudin Wan Osman berkata, berdasarkan laporan polis, suspek menghantar SMS ugutan bunuh dan membakar rumah kepada ibunya sebanyak dua kali.

"Ibunya yang berasa takut dengan ugutan itu telah pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan polis sebelum suspek ditahan pada kira-kira pukul 9.30 pagi," katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohamad Samsudin, kes itu disiasat mengikut Seksyen 387 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Katanya, ujian air kencing yang dilakukan ke atas suspek mendapati dia negatif dadah.

0 comments:

share2