LANGKAH Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang akan membentangkan rang undang-undang baru bagi memerangi perbuatan fitnah serta penghinaan ke atas Islam dan Institusi Raja adalah sesuatu yang teramat perlu.
Menurut Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berlaku banyak salahguna dalam media alternatif terutama melibatkan aspek fitnah. Ia amat bahaya dari segi ketenteraman awam dan keselamatan negara. Orang yang terfitnah harus ada saluran undang-undang untuk membela diri supaya kebebasan harus berasaskan fakta dan keadilan.
Khalayak umpamanya masih lagi menunggu siasatan terhadap kegiatan Red Bean Army yang semahu-mahunya memfitnah seseorang sewaktu pilihan raya umum lalu. Ia berlaku dalam sebuah negara demokrasi yang mahukan fakta dan data yang benar bukannya fitnah yang dilakukan sesuka hati.
Hairannya sebahagian masyarakat kita menjadikan sumber fitnah sebagai sesuatu yang benar walaupun ada setengahnya mengaku seorang Islam yang beriman tetapi merelakan diri untuk terjebak dalam tokok tambah fitnah yang tidak diizinkan oleh syara'.
Amalan ini adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana kecanggihan teknologi tidak harus dijadikan alat memanjangkan rasa kebencian dan dendam kesumat sedangkan dalam tradisi Islam mendengar perkhabaran dari yang fasiq sekalipun kebenaran faktanya harus diperiksa.
Penulis percaya Suruhanjaya Komunikasi mempunyai banyak kes dalam kajiannya tetapi mengapa tindakan undang-undang tidak diambil terhadap pelakunya. Apakah ia tidak cukup peruntukan perundangan untuk mengambil tindakan sedangkan amalan buruk begini tidak harus dibiarkan terus terjadi kerana proses demokrasi tidak boleh membenarkan ia terjadi.
Keluhuran undang-undang yang menjadi salah satu prinsip Rukunegara harus dihormati, lebih-lebih lagi kes yang mengungkit isu agama, raja dan yang sifatnya perkauman patut dibendung sebelum ia menjadi wabak yang boleh menjejas keselamatan negara.
Nilai sivik yang menghormati hak orang lain perlu wujud dalam kalangan warga kita terutama orang yang berpelajaran. Kepandaian menggunakan internet tidak harus menyebabkan sikap memfitnah, benci membenci dan dendam kesumat subur kerana bagi orang Islam dosa kepada Allah SWT boleh dimohon keampunan terus dari-Nya.
Tapi bayangkan dosa terhadap sesama manusia yang fitnahnya tersebar, ditatap oleh manusia lain dan disampuk pula untuk ditambah dengan fitnah yang lain apakah sempat untuk kita meminta maaf kepada manusia yang difitnah atau ia akan dibawa ke Rabbuljalil nanti.
Hal ini sebenarnya sangat serius berlaku dalam kalangan kita. Amalan sebebas titipan jari, sesedap mulut dan sesuka hati terjadi seolah-olah umat Islam menjadi orang yang tidak beriman sedangkan bila dia melakukan fitnah hati kecilnya tahu bahawa ia adalah amalan kebencian kepada pihak yang tidak disukai atau dibenci sedangkan ketepatan fakta dan kebenaran hujah boleh dipersoalkan dan fitnah boleh menyebabkan dosa.
Yang menyedihkan ialah pihak yang difitnah tidak berdaya untuk membela diri dan menyebabkan persepsi buruk terhadapnya berlaku. Internet telah disalahgunakan semahu-mahunya untuk menyemarakkan rasa kebencian dan dendam kesumat yang terpendam.
Pengguna internet harus mempunyai etika yang tinggi bahawa fitnah yang dilakukan adalah salah dari sudut undang-undang dan agama. Harus ada kawalan diri yang tinggi iaitu untuk menapis sesuatu berita yang datang kerana bagi orang-orang Islam ia adalah tuntutan agama. Memfitnah sesama Islam ibarat meratah daging saudara seagamanya.
Oleh itu langkah perundangan yang ingin dilakukan oleh pihak KDN perlu disegerakan kerana masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama amat memerlukan pendekatan mencegah dan menghukum sebagai salah satu cara yang boleh membantu.
Keterlanjuran yang berlaku perlu di halang supaya tidak menjadi wabak. Sekiranya fitnah ini menjadi wabak dan tidak terkawal sifatnya ia boleh merosakkan ketenteraman awam apalagi keselamatan negara.
Banyak isu sensitif dibangkitkan sekian lama sedangkan sebagai warganegara yang bertanggungjawab menjadi amanah kita untuk memeliharanya dengan baik dan undang-undang adalah salah satu daripada caranya.

0 comments:
Post a Comment