TEMERLOH – Empat beranak terselamat daripada dihempap batang pokok ketika rumah didiami di Kampung Teluk Ira di sini rosak teruk dalam kejadian ribut malam kelmarin.
Rumah didiami pasangan bertaraf Penduduk Tetap (PR), Munir Karia 47, dan isteri Shamsinar Nordin, 45, dihempap batang pokok pulai ketika ribut dan hujan melanda beberapa kawasan sekitar daerah ini.
Shamsinar berkata, kejadian jam 10.15 malam itu begitu mengejutkannya sekeluarga apabila bunyi dentuman kuat meranapkan bumbung dan bahagian dapur rumah sewa yang didiami sejak lebih 20 tahun lalu.
Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dan suami serta dua anak berusia 21 dan 17 tahun sedang berehat dalam rumah tersebut apabila angin kencang menumbangkan pokok kayu mati bersebelahan rumahnya.
“Saya terkejut apabila batang pokok sebesar satu pemeluk menghempap bahagian dapur dengan bunyi yang sangat kuat, mulanya batang pokok itu tersangkut pada tiang rumah tetapi jatuh mengenai lantai beberapa saat kemudian,” katanya.
Shamsinar berkata, dia dan keluarga bernasib baik kerana sewaktu kejadian berada dalam bilik masing-masing dan kesemua ahli keluarganya terselamat.
Bagaimanapun katanya, dua motosikalnya yang diletakkan di luar rumah mengakibatkan kerosakan teruk akibat dihempap pokok.
“Kami bernasib baik apabila tuan rumah memberi bantuan kayu untuk membaiki kerosakan ini, saudara mara dan rakan suami juga bergotong-royong memasang semula atap dan dinding yang tercabut,” katanya.
Shamsinar berkata, kejadian itu langsung tidak disangka kerana pokok yang menghempap rumahnya condong ke arah bertentangan sebelum ini.

0 comments:
Post a Comment