Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 15, 2013

HANYA KERANA ROTI


KUANTAN - Sekumpulan ahli Umno dilaporkan keluar parti dan menyertai PKR baru-baru ini kerana tidak puas hati dengan agihan makanan kepada mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan, di sini.

Pengerusi Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh pihak Umno dan PKR.

Bagaimanapun, katanya, jumlah mereka yang keluar parti itu sebenarnya tidak lebih daripada 40 orang.

Mereka dikatakan daripada Cawangan Umno Tanah Putih Baru, di sini.

Adnan, yang juga Menteri Besar Pahang berkata, beliau sendiri menyiasat untuk mengenal pasti punca sebenar ahli-ahli Umno itu bertindak demikian.

“Maaf saya cakap, puncanya hanya (kerana) roti. Kita diberitahu bekalan roti di pusat terbabit cukup. Bagaimanapun, pegawai yang bertugas mengagihkannya secara sikit-sikit.

“Bila mereka minta lebih, petugas tak bagi. Jadi mereka kecewa dan marah,” katanya ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, beliau faham dalam situasi banjir ada di antara mangsa yang tertekan, apatah lagi dalam keadaan terdapat makanan, tetapi tidak diagihkan secukupnya.

“Petugas yang terlibat pun mungkin ada sebabnya sendiri tidak berikan roti itu kepada mangsa seperti yang diminta.

“Sebenarnya dalam situasi kritikal akibat bencana banjir ini, kita faham roti amat bermakna kepada mangsa dan keluarga, terutama yang ada ramai anak,” katanya.

Adnan berkata, beliau faham dan tidak berasa kecewa dengan keputusan ahli Umno itu, tetapi jumlah yang terlibat tidaklah seperti yang digembar-gemburkan.

“Saya kenal ketua kumpulan ini dan kami pernah berjumpa dalam beberapa majlis, tapi disebabkan terlalu kecewa, dia mengambil keputusan keluar parti dan menyertai PKR.

“Bagi saya keputusan hendak keluar parti biarlah kerana prinsip perjuangan, bukan disebabkan roti,” katanya.

Kisah kira-kira 100 ahli Umno menyertai PKR itu tersebar di laman sosial beberapa hari lalu.

Mereka dilaporkan menyerah borang penyertaan keahlian kepada Ahli Parlimen Kuantan, yang juga Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh.

3 comments:

  • james says:
    December 15, 2013 at 1:01 PM

    Eloklah berambus.. Orang tongong mcm ni kalau duduk dlm umno pun bikin semak je..

    Barangkali beginilah ayatnya...

    "Kami menyertai pkr kerana umno bagi roti sikit... Tak cukup untuk penuhkan tembolok kami."

    Untung pkr dapat ahli jenis besar tembolok.

  • paridah says:
    December 15, 2013 at 3:13 PM

    tak bersyukur dgn yg sedikit banyak pun xkenyang....

  • Anonymous says:
    December 16, 2013 at 4:44 PM

    Biarlah mereka nak keluar umno dan masuk pkr kerana sebab yg remeh.Org2 yg tiada pendirian ni biarkanlah mereka.Mereka ingat pkr nak tlg mereka tapi sebenarnya meracun mereka yg pendek akal ni.

share2