KUANTAN - Setiap kali cuti persekolahan antara acara wajib yang bakal dilangsungkan pada musim ini, selain majlis perkahwinan adalah program berkhatan.
Program tersebut bukan sahaja dilakukan secara bersendirian atau dalam kelompok kecil, malah sudah menjadi trend dianjurkan secara beramai-ramai, melibatkan anjuran pelbagai organisasi termasuk parti politik.
Selain mewujudkan suasana meriah untuk mengingati saat penting bagi seorang kanak-kanak lelaki yang bakal menginjak alam remaja, program seumpama itu turut mengukuhkan keharmonian dalam kalangan masyarakat.
Lebih penting bagi peserta itu sendiri, kehadiran rakan-rakan seangkatan seakan mampu menghilangkan rasa gerun yang timbul akibat sering digembar-gemburkan dengan gambaran salah oleh mereka yang telah melalui saat tersebut.
Di Kuantan misalnya, Hospital Pakar Pusat Rawatan Keluarga Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (PRKMUIP) antara yang terawal mengambil peluang cuti persekolahan ini dengan menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai di hospital tersebut di sini minggu lalu.
Berbanding tahun sebelumnya, penyertaan yang diterima tahun ini meningkat dengan penyertaan sebanyak 130 orang.
Menurut Timbalan Yang Dipertua MUIP merangkap pengerusi hospital tersebut, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan, penyertaan pada tahun ini turut mendapat sambutan dari luar negeri Pahang seperti Negeri Sembilan dan Johor.
"Bagi menampung penyertaan yang ramai ini, pihak hospital menugaskan enam doktor di samping dibantu para jururawat bagi melancarkan program kita," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis perasmian yang diadakan di pekarangan Masjid Sultan Haji Ahmad Shah 1.
Tambah Wan Abdul Wahid, yuran penyertaan adalah RM120.
Malah kata beliau, istimewanya bersempena majlis tersebut, pihak hospital memperuntukkan hadiah bagi setiap peserta khatan.
"Kesemua kanak-kanak yang menyertai program ini berumur dalam lingkungan tujuh tahun sehingga 14 tahun.
"Memandangkan sambutan yang menggalakkan, program ini akan dijadikan acara tahunan dengan penambahan barangan hadiah kepada peserta," jelasnya.
Tambah Wan Abdul Wahid, ternyata program berkhatan beramai-ramai seperti ini dapat memberi semangat dan dorongan kepada kanak-kanak terlibat agar tidak mempunyai perasaan gementar.
"Sebelum dikhatankan, peserta dimandikan beramai-ramai dan ini sedikit-sebanyak memberi kekuatan semangat kepada mereka apabila bersama rakan-rakan yang lain," katanya.
Berdasar pemerhatian, seperti kebiasaan yang berlaku pada mana-mana majlis berkhatan beramai-ramai, pasti ada antara kanak-kanak yang enggan dikhatankan, tidak kurang juga yang terpaksa dibawa pulang kerana tidak berhenti menangis.
Namun, di sebalik situasi itu, ramai sebenarnya yang tenang dan mampu mengawal emosi untuk menempuhi saat-saat dibawa ke bilik rawatan.
Antaranya, pasangan kembar, Wan Muhamad Ameer Nazarudin dan Wan Muhamad Ammar Nazarudin yang cukup bersemangat untuk dikhatankan.
"Saya dan adik hendak jadi orang besar macam abang kami sebab dia pun berkhatan hari ini," kata Ameer sambil tersenyum girang.
Di celah keriuhan suara tangisan dan rungutan rakan-rakan lain, Nizam Muazzam, 11, pula kelihatan tenang menunggu giliran.
"Ibu dan ayah cakap orang lelaki Islam mesti kena berkhatan, boleh bagi kita sihat, saya pun tidak tahu kenapa ada yang menangis," ujarnya yakin.
Bagi Wan Muqri Muzaffar Wan Muhamad, 9, yang sempat memberi reaksi ketika gambarnya diambil, dia berkata, ibu dan bapanya berjanji untuk membawanya melancong.
"Abah saya cakap kalau cepat sembuh, kami semua boleh pergi bercuti lebih lama bersama keluarga," katanya.

0 comments:
Post a Comment