Di Kuala Lumpur dan di merata tempat di negara kita dapat dilihat peningkatan bilangan poster dan iklan haram yang dilekat dengan sewenang-wenangnya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di atas kemudahan awam yang boleh mencemari imej bandar-bandar kita.
Papan tanda jalan raya, tiang telefon dan lampu jalan, peti utiliti Telekom, pagar, jejantas malah kekangan tepi jalan juga tidak terlepas dengan lekatan iklan haram.
Ada dilaporkan baru-baru ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terpaksa membelanjakan RM4.6 juta untuk membaiki kerosakan yang disebabkan oleh pelaku vandalisme dan pencuri dari 2008 sehingga sekarang.
Menurut DBKL, di bawah Akta Vandalisme Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1991) mereka yang disabitkan dengan vandalisme boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Pihak berkuasa tempatan (PBT) telah diarah meningkatkan penguatkuasaannya untuk membanteras vandalisme.
Walaupun banyak operasi dijalankan oleh pihak DBKL untuk menghapuskan iklan haram, namun iklan haram ini bukan sahaja terus muncul tetapi lebih berleluasa.
Tidak dapat dinafikan bahawa pihak berkuasa seolah-olah menemui kegagalan dalam usaha memerangi isu tersebut kerana golongan yang terbabit masih melekatkan iklan haram bukan sahaja di kawasan-kawasan komersial malah di kawasan-kawasan kediaman.
Apa yang lebih merunsingkan apabila papan-papan tanda jalan juga menjadi sasaran sehingga menyebabkan sebahagian atau keseluruhannya terselindung dan ini menimbulkan isu keselamatan jalan raya.
Satu tinjauan yang dijalankan baru-baru ini telah mendapati bahawa di banyak tempat di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan merata tempat dipenuhi dengan iklan haram termasuklah yang menawarkan pinjaman, perkhidmatan urut, alat mainan dewasa sehinggalah ubat perangsang.
Tanda-tanda jalan ditampal dengan pelekat ejen pinjaman manakala tiang lampu dan lampu isyarat juga tidak terlepas daripada iklan seperti kelas tuisyen, perkhidmatan urut dan lain-lain.
Sebagai contoh di persimpangan Jalan Perkasa dan Jalan Jejaka Taman Maluri, pelbagai jenis iklan haram dengan disertai nombor telefon mudah alih diikat di sekeliling tiang lampu isyarat serta tanda-tanda jalan.
Saya mencadangkan supaya DBKL mengupah bekas-bekas penagih dadah yang telah keluar daripada pusat pemulihan dadah untuk membuang iklan-iklan haram ini setiap hari.
Mereka yang ditangkap dan didakwa di mahkamah kerana mencemari papan tanda jalan dengan iklan mereka, jika didapati bersalah harus dihukum dengan melaksanakan khidmat masyarakat dan diarahkan membuang sendiri iklan yang ditampal.
Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan ruang yang sesuai kepada orang awam untuk memaparkan iklan-iklan kecil yang diluluskan DBKL secara percuma.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu campur tangan untuk membantu menangani isu ini dengan mengekang penggunaan nombor telefon bimbit yang digunakan pada iklan haram.
Sudah tiba masanya suatu Akta Vandalisme baru diperkenalkan untuk membenarkan hukuman yang lebih berat dan mewajibkan khidmat masyarakat terhadap pihak pelaku vandalisme. Ini boleh dilakukan memandangkan Artikel 6 dalam Perlembagaan Persekutuan, yang melarang buruh paksa telah dipinda sejak beberapa tahun yang lalu.
Akta Vandalisme yang dicadangkan patut merangkumi:
(i) Mereka yang melakukan sebarang bentuk vandalisme adalah bersalah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di atas kesalahan dan wajib menjalankan khidmat masyarakat berdasarkan bilangan jam yang ditentukan oleh pihak berkuasa yang berkaitan;
(ii) Bagi pesalah laku yang tegar (melebihi tiga kali) mereka adalah bersalah di sisi undang-undang dan boleh didakwa di atas kesalahan dengan menjalani hukuman penjara bagi tempoh tidak melebihi 3 tahun dan adalah juga, tertakluk kepada Kod Prosedur Jenayah, yang boleh dihukum rotan.
Walaupun masalah vandalisme di bandar dan kota kita kini adalah pada kadar yang boleh diuruskan, ia masih dianggap serius dan mewajarkan perundangan ketat untuk mengatasi masalah tersebut di samping menganjurkan kempen kesedaran bagi mencegah vandalisme.
Oleh kerana agak sukar bagi pihak berkuasa untuk menangkap pesalah ketika vandalisme dilakukan, orang awam boleh membuat penangkapan sendiri dan menyerahkan pesalah kepada pihak berkuasa.
Pihak berkuasa perlu menggunakan semua pendekatan yang ada demi untuk memastikan bahawa isu ini dapat di selesaikan secara berkesan.

0 comments:
Post a Comment