KUANTAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan sembilan penjawat awam kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan jenayah rasuah di negeri itu bagi tempoh 1 Januari hingga 15 Oktober lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, daripada jumlah itu seorang penjawat awam telah digantung kerja selepas pertuduhan dan hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Khas Rasuah.
Menurut beliau, empat penjawat awam pula ditahan kerja dan hanya dibayar separuh daripada nilai emolumen yang diterima.
"Seorang penjawat awam pula masih bertugas seperti biasa, namun hanya dibayar 50 peratus daripada nilai emolumen manakala dua lagi menjalankan perkhidmatan seperti biasa.
"Bagaimanapun seorang penjawat awam memilih menamatkan perkhidmatan semasa kes perbicaraan sedang berjalan," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Wisma Sri Pahang, hari ini.
Beliau menjawab soalan Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (DAP-Mentakab) yang ingin tahu berapa ramai penjawat awam yang ditanggap atau digantung tugas kerana kesalahan rasuah.
Menjawab soalan Mohd. Shohaimi Jusoh (BN-Lepar) mengenai pelaburan di Taman Teknologi Pahang, Adnan berkata, kerajaan negeri menerima banyak cadangan projek pelaburan yang ingin dilaksanakan di kawasan tersebut.
"Ini termasuklah satu dari luar negara. Bagaimanapun pemilihan syarikat sesuai seperti fokus pelaburan syarikat, kedudukan kewangan dan produk dihasilkan antara dititikberatkan supaya matlamat pembangunan projek ini dicapai," katanya.

0 comments:
Post a Comment