KUANTAN – Dua restoran yang didapati kotor dan tidak berada dalam tahap kebersihan memuaskan terletak di Jalan Padang Lalang dan Berserah dekat sini, diarah tutup serta-merta ketika Ops Bersih 3 dijalankan, semalam.
Pengarah Kesihatan Daerah, Dr Amirullah Mohd Arshad berkata, hasil pemeriksaan premis berkenaan bukan sahaja tidak memenuhi tahap kebersihan dan pengendalian makanan ditetapkan tetapi turut melanggar beberapa peraturan pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Mereka telah melanggar peraturan pengendali makanan dengan menggunakan pelbagai alasan sedangkan perkara tersebut sudah sedia maklum.
“Antara kesalahan utama mereka keadaan tempat penyimpanan sejuk beku tidak dibersihkan dengan suhu yang tidak sesuai, peralatan memproses makanan kotor dan tidak sempurna, pekerja tidak memakai kasut semasa mengendalikan makanan, pembuangan sisa makanan tidak sempurna, tidak menyediakan kawalan kulat, lipas dan tikus dan banyak lagi.
“Manakala daripada sudut PBT pula pengendali makanan tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, kad kesihatan tamat tempoh, gagal mempamerkan lesen perniagaan dan membiarkan premis dalam keadaan kotor,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, sebelum ini kedua-dua premis tersebut sudah menerima kunjungan pemeriksaan awal, memberi notis dengan arahan bertulis dan nasihat telah dikemukakan.
“Walaupun sudah menerima kunjungan awal dan memberi peluang tetapi tidak ada sebarang perubahan dan bermakna tidak mengikut sebarang arahan.
“Jadi mengikut bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 mereka boleh diarahkan tutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan notis penutupan tersebut berjalan selama 14 hari,” katanya.
Sementara itu, menurutnya, walaupun diberi notis penutupan, pemilik premis diberi peluang untuk mempercepatkan pemeriksaan semula.
“Sekiranya segala perkara kesalahan yang telah ditegur diperbaiki, operasi pembersihan dijalankan dan tidak wujud lagi serangga berkeliaran dan mengikut segala kesalahan, mereka boleh membuat rayuan.
“Mereka boleh mengisi borang dan membuat surat meminta Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan semula dengan kadar lebih cepat sebelum tempoh masanya bagi membolehkan premis beroperasi semula lebih awal.
“Namun sekiranya selepas tamat tempoh tersebut masih tiada sebarang perubahan berlaku, maka tindakan undang-undang yang lebih tegas akan dikenakan,” katanya.

0 comments:
Post a Comment