BANDAR TUN RAZAK – Sederet bagunan kedai setingkat di Felda Keratong 5, di sini, telah musnah dalam kebakaran yang berlaku pada malam tadi.
Wartawan Sinar harian difahamkan, terdapat tiga kedai di deretan tersebut yang menempatkan sebuah bengkel motosikal dan dua lagi dijadikan rumah yang didiami pekerja asing.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah, Mohd Rasidi Mohd Isa, berkata, bangunan kedai terbabit jenis separuh batu dan separuh kayu.
“Pihak Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah menerima panggilan daripada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Negeri pada jam 11.06 malam dan sampai di tempat kejadian pada jam 11.38 malamdengan kekuatan anggota seramai lima orang.
“Ketika pihak bomba sampai di tempat kejadian, deretan kedai terbabit telah musnah terbakar dan bomba cuma memadam saki baki kebakaran sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, bomba tidak mempunyai masalah untuk memadam kebakaran di kawasan tersebut tetapi jarak selalu menjadikan api kebakaran lewat dikawal.
“Jarak dari Muadzam Shah ke Bandar Tun Razak ini agak jauh dan kebiasaannya pasukan yang ke sana tidak dapat tiba awal untuk memadam sebarang kes kebakaran yang berlaku.
“Sebelum ini saya juga telah mencadangkan supaya menubuhkan pasukan bomba sukarela di Bandar Tun Razak tetapi ia masih belum menjadi realiti,” katanya.
Menurut Rasidi, jumlah kerugian masih dalam proses siasatan.

0 comments:
Post a Comment