KUANTAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu daripada PKR Lee Chean Chang digantung daripada menghadiri dua kali mesyuarat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN).
Keputusan itu diumum Speaker DUN, Datuk Ishak Mohamad selepas undian dibuat berikutan Chean Chung enggan menarik balik dakwaannya bahawa lebihan RM2.19 juta Bajet 2014 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob adalah bajet lebihan palsu.

Sebelum ini, Lee Chean Chang telahpun menghina Dewan Undangan Negeri dan juga MB Pahang apabila mengatakan Bajet 2014 adalah bajet palsu. Malah dia enggan menarik semula kata katanya dan enggan meminta maaf walaupun ada dikalangan rakan pembangkang mahukan beliau meminta maaf.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menegaskan kenyataan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu Lee Chean Chung bahawa Bajet 2014 Pahang dibentangkan Isnin lepas adalah "bajet palsu" amat keterlaluan.
Beliau mahu Adun PKR itu menarik balik kenyataannya itu atau bakal berdepan tindakan.
"Sepatutnya Adun Semambu bercakap berdasarkan fakta dan setiap bajet yang dibentangkan adalah berdasarkan anggaran yang mengambil kira semua sumber kewangan.
Menteri Besar berkata kenyataan Lee semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan dan Pembekalan Air 2014 pada Selasa lalu itu juga tidak menghormati Dewan Undangan Negeri.
Adnan berkata Lee mesti meneliti semua fakta yang ada dan jangan menjadi seorang Adun yang dangkal.
Katanya dakwaan Adun itu bahawa jumlah lebihan RM2.19 juta dalam Bajet 2014 Pahang yang dibentangkan beliau sebagai palsu itu adalah keterlaluan dan tidak berasas.
"Pembangkang boleh membangkang tetapi ia perlu dilakukan secara berhemah, saya cuba berlaku adil kepada semua sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang, bagaimanapun tindakannya itu tidak rasional," katanya.

0 comments:
Post a Comment