Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.
Sehubungan itu beliau yang kini berada di Mekah meminta semua umat Islam mempertahankan kalimah suci itu daripada dirosakkan oleh kumpulan tertentu dan dalam masa sama, menjadikannya asas kukuh di dalam kehidupan.
Beliau berkata, semua pihak wajib faham iaitu kalimah Allah sebenarnya merujuk kepada Tuhan Yang Esa atau Tuhan Yang Tunggal seperti mana disebut oleh Allah di dalam surah al-Ikhlas dan bukannya tuhan yang berbilang-bilang seperti mana kepercayaan agama Kristian.
''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.
''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," katanya ketika dihubungi.
Haron mengulas keputusan Mahkamah Rayuan pada Isnin lalu yang tidak membenarkan mingguan The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan Menteri Dalam Negeri.
Yang turut dinamakan perayu terdiri daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu, Wilayah Persekutuan, Melaka, Johor, Kedah dan Selangor serta Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma).
Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan kontroversi Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.
Dalam perkembangan sama, Haron meminta semua pihak bersiap sedia kerana masih terdapat satu lagi mahkamah yang boleh mendengar tuntutan tersebut iaitu Mahkamah Persekutuan.
''Masih ada satu lagi tempat medan perjuangan yang namanya Mahkamah Persekutuan. Mungkin arahan tidak terduga akan berlaku nanti atau mungkin juga Malaysia bukannya medan untuk pertarungan mempertahankan kalimah Allah.
''Sebaliknya hingga ke peringkat Mahkamah Antarabangsa. Mungkin akan sampai ke sana. Apa pun sebagai umat yang faham tentang Islam itu sebagai agama tauhid wajib mempertahankan kalimah suci ini," katanya.
Sementara itu Haron berkata, di dalam surah al-Ikhlas diterangkan sepenuhnya mengenai Allah iaitu Allah Yang Esa, Allah yang tiada anak dan tiada bapa, Allah yang tiada sekutu (penolong, pembantu atau pelengkap) dan Allah Maha Sempurna.
Ujarnya, surah al-Kafirun juga menyebut tentang keesaan Allah dan antara inti pati kandungan surah tersebut adalah kewajipan menyembah Allah Yang Esa.
''Inilah kalimah Allah yang patut diterima pakai dan dipertahankan iaitu Allah Maha Esa. Mereka yang menjadikan Allah yang tiga atau dua atau apa sahaja maka Allah itu sudah rosak pada pemahaman kita yang mungkin rosak juga pada pemahaman mereka.
''Ini bukan perkara baharu. Daripada Nabi Adam AS sehinggalah Nabi Muhammad SAW semua golongan anbiya ini membawa agama tauhid iaitu agama yang memerintahkan semua umat menyembah Allah yang tunggal," ujarnya.

LAKSAMANA MUKHRIZ MELAWAT AMPANG.... WOOOW, PERWAKILAN UMNO SOKONGLAH MUKHRIZ KERANA SESUNGGUHNYA MUKHRIZ ADALAH JADI LEBIH BAIK DARIPADA TUN M DI DALAM SEGALA SERBI..
BERILAH PELUANG KEPADA BELIAU KERANA SEBELUM INI, PERWAKILAN UMUMNYA TELAH PON MENIDAKKAN LAKSAMANA MUKHRIZ DI MANA BELIAU TEWAS KEPADA SI KHAIRI ANAK MANJA DATUK RAMLAH VETERENG...
APA KATA KITA CUBA BERI PELUANG KE MUKHRIZ SEKALI...ACU SEKALI JEA.. KALI INI KALI TERPENTING WAHAI SAUDARA PERWAKILAN SEMUAAA.. INSYAALLAHU AMINIIIIN.
"Sejak seribu tahun lalu, sejak zaman Nabi Muhammad lagi mereka menggunakan perkataan Allah. Tiada isu selagi mereka menggunakannya merujuk kepada zat yang sebenar, bukan untuk berhala," katanya yang dipetik daripada portal Malaysiakini. - KATA DR. N EX MUFTI..... BIOR BETULLLLLLLLL... DAH TERANG LAGI BERSULUH.... MEMANGLAH TUJUAN GEREJA BUAT PENERBITAN BUKANNYA NAK CERITA TUHAN NABI MUHAMMAD DAN UMAT ISLAM ADALAH ALLAH DAN KITA KENA HORMAT ALLAH.................... TAPI YANG GEREJA NAK CERITA ADALAH ALLAH ADALAH PELENGKAP TRINITI..IAITU ALLAH, ROH KUDUS DAN JESUS (ISA)...BUKANKAH MEREKA MENYATAKAN ZAT ALLAH ITU DENGAN PENYEMBAHAN YANG TIDAK ESA....BODOH PUNYA ULANYAK..... CAKAP BERBELIT...TETAP NAKKAN MILLAGE DARI KAPIR.... KATAKANLAH DENGAN JELAS...KAPIR BOLEH MENYEBUT UNGKAPAN ALLAH SEBAGAI TUHAN YANG ESA...SEBAGAI TUHAN MILIK UMAT ISLAM.... TETAPI BUKAN SEBAGAI BAPA ISA.... JADI SEKARANG JELASKAN.... TIDAK IKUT ZAT..MENYOKONG ..MURTADLAH JADINYA.....JANGAN MEMBANGSAT.
GUA SOKONG SERATUS PERATUS BRO!!
- Rakyat Kelantan -