KUANTAN - Negara sekali lagi digemparkan dengan satu video penerangan
yang disampaikan oleh salah seorang pendakwah bebas di Malaysia, Wan Ji
Wan Husein yang berbincang kemungkinan Malaysia menjadi negara republik
tanpa sultan.
Tindakan individu yang menggelari dirinya ustaz melalui video tiga minit itu memberi pelbagai reaksi kepada masyarakat.
Bagi Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Indera Mahkota, Muhammad Faiz Hashim, tindakan itu sangat biadab dan individu terbabit tidak layak menjadi warganegara Malaysia.
Menurutnya, di saat Malaysia membuat persediaan menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 tidak lama lagi, tindakan itu sangat menggores hati rakyat yang cintakan negara.
“Dalam video itu, dia juga seolah-olah menyamakan sultan di negara ini seperti syaitan kerana mempunyai banyak mudarat.
“Sebagai rakyat Malaysia, saya kesal dan terkilan dengan kenyataan yang dikeluarkan seorang yang bergelar ustaz,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Indera Mahkota, di sini.
Muhammad Faiz berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan keras ke atas Wan Ji yang menghina Kesultanan Melayu di negara ini.
“Lucutkan saja kerakya-tannya kerana individu seperti itu tidak layak berada di negara ini,” katanya.
Muhammad Faiz juga mahu semua pihak bersatu menyelar dan menolak usaha individu bergelar Wan Ji itu yang bertujuan menghapuskan kuasa sultan pada 2030 kerana jelas tindakan itu bertenta-ngan dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Perlakuan ini perlu dicegah melalui tindakan undang-undang yang tegas memandangkan didapati semakin banyak usaha jahat dikesan untuk menamatkan sistem raja berperlembagaan,” katanya.

0 comments:
Post a Comment