Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 17, 2013

WANITA PASANGAN KHALWAT SHAHZ JAZLAN DEDAHKAN KISAH SEBENAR


Semalam satu kisah sensasi panas berapi membabitkan pelakon lelaki, Shahz Jazlan didedahkan. Pendedahan ini dibuat oleh pasangan khalwat pelakon terbabit. Menurut beliau, pendedahan ini bukan hendak memalukan pelakon terbabit sebaliknya untuk menceritakan kisah sebenar dan menyangkal apa yang didakwa oleh Shahz Jazlan sebelum ini.

"Ini bukan suatu perangkap. Tiada siapapun yang nak trap dia. Ikut prosedur, JAIS tidak akan tangkap satu jam selepas dapat maklumat"

"Mereka akan mengambil masa lebih dua minggu untuk membuat intipan, baru buat serbuan. Kami telah diintip."

"Dia cakap jangan apa apa tentang kami, hanya cerita lima orang di rumah dan dia sedang bersihkan baju konti sehingga tertidur didalam bilik. Kalau tidur, takkan dalam keadaan macam tu. Takkan JAIS umumkan sebagai kes khalwat ?"

Wanita itu juga mengaku dia dan Shahz Jazlan sedang berada didalam satu hubungan yang serius walaupun dia tahu Shahz Jazlan sudah bertunang dan turut menghabiskan banyak masa bersama.

"Sama ada sudah bertunang atau tidak, itu bukan satu alasan untuk kami tidak menjalinkan hubungan. Dia rasa sangat terpaksa bertunang atas kehendak keluarga."

0 comments:

share2