Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 10, 2013

TERMINAL SENTRAL KUANTAN BAKAL DIBUKA


Kuantan - Terminal Sentral Kuantan di Bandar Indera Mahkota yang bernilai RM438 juta dengan keluasan 2,070 kaki persegi dijangka memulakan operasi Ogos ini.

Ahli Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Suhaimi Sulong berkata, terminal tersebut dilihat dapat mengurangkan kesesakan dan kepadatan jumlah kenderaan di pusat bandar Kuantan.

"Saya berharap terminal berkenaan dapat beroperasi dengan segera bagi mengelak kesesakan luar biasa di lokasi sementara di hadapan Stadium Darul Makmur terutama ketika perlawanan bola sepak berlangsung," katanya yang mempengerusikan Mesyuarat Bulanan MPK di Dewan Majestik di sini baru-baru ini.

Menurutnya, terminal yang menjadi mercu tanda kemajuan di bandar ini bakal memberi kemudahan cukup selesa kepada pengguna pengangkutan awam.

"Terminal ini menyediakan 400 petak letak kereta, 170 motosikal dan 40 untuk teksi, selain ruang tempat menunggu bas berhawa dingin untuk orang ramai," jelasnya.

Tambahnya, terminal dua tingkat yang mula dibina pada Jun 2011 itu menyediakan 48 kaunter bas dan akan menggantikan Terminal Makmur.

"Selain mempunyai ciri-ciri keselamatan dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) terdapat juga kaunter-kaunter khas untuk MPK, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lain-lain agensi berkaitan," ujarnya.

3 comments:

  • red says:
    June 10, 2013 at 11:43 PM

    Buat jauh sangat dari bandar... Kenapa tak buat kat sungai lembing je.

  • red says:
    June 10, 2013 at 11:43 PM

    Buat jauh sangat dari bandar... Kenapa tak buat kat sungai lembing je.

  • kerispuaka says:
    June 10, 2013 at 11:59 PM

    dah bnyk kali ditunda jadual beroperasi terminal baru ni.ada duit bawah meja ke?

share2