Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 11, 2013

RAUB TERUS DIBANGUNKAN


RAUB - Kerajaan negeri akan terus membangunkan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan kerana mempunyai banyak tempat menarik yang boleh menggamit kehadiran pengunjung tempatan dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Usahawan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, antara produk pelancongan terkenal ialah Bukit Fraser, Pulau Chekas, Lata Jarum serta pusat perkelahan dan reaksi Batu Malim.

Katanya, industri pelancongan itu dapat meningkatkan taraf hidup rakyat di kawasan berkenaan terutama bagi mereka yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan, pengusaha inap desa, hostel dan calet.

"Pelancongan adalah produk yang berpotensi dimajukan bagi membolehkan penduduk di daerah ini mendapat manfaat secara langsung.

"Saya harap mereka bijak mengambil peluang tersebut kerana kehadiran pelancong sentiasa meningkat setiap tahun dan penubuhan menubuhkan koperasi desa dapat memantapkan perniagaan mereka selain memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan," katanya.
Menurutnya, sejak 2011, kerajaan memperuntuk sebanyak RM23 juta bagi meningkatkan prasarana pelancongan di daerah ini seperti membina bilik persalinan, tandas awam, bangku rehat, rumah, gerai, tempat meletak kenderaan serta mencantikkan landskap.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Raub memberitahu, sebanyak RM15 juta lagi masih diperlukan bagi membangun dan mengindahkan pusat tersebut.

Shahiruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong berkata, daerah Raub berpotensi dijadikan hab pelancongan kerana mempunyai kawasan persekitaran dan alam semula jadi yang masih terpelihara selain terdapat pelbagai tumbuhan dan unggas.

0 comments:

share2