SEJAK semalam, laman ini melihat media arus perdana, terutama TV, berulang kali menyiarkan rakaman video isteri dan anak 2 anggota Komando VAT69 yang terkorban. Ramai di kalangan orang yang menonton imej tersebut dilihat mengalirkan air mata, apa yang sedih sangat pun tak tahulah, macam saudara dia yang mati.
Persoalannya sekarang, apa yang cuba dicapai dengan memainkan video tersebut berulang kali? Adakah cuba nak mendapat simpati rakyat atau cuba nak memperbaiki imej polis yang begitu teruk terjejas sekarang ini dek perlakuan rasuah yang berleluasa?
Pakatan Rakyat mengecam sekeras-kerasnya eksploitasi kanak-kanak dan janda dalam isu ini semata-mata untuk meningkatkan imej polis dan kerajaan.
Ada lebih banyak isu di luar sana membabitkan intergriti pasukan polis yang perlu diberi perhatian kerajaan, seperti kekejaman yang dilakukan mereka dalam himpunan Bersih 3.0 tahun lepas dan bukan cuba meraih publisiti murahan dengan tindakan seumpama ini.
Untuk rekod, sejak zaman reformasi bermula pada tahun 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerap menggelarkan polis sebagai anjing kerajaan kerana kepatuhan melampau pasukan tersebut terhadap pemerintah, termasuk menzalimi rakyat dalam pelbagai bentuk dan cara.
Pakatan Rakyat tetap melihat banyak yang tidak kena dengan pasukan polis sekarang dan semua ini memerlukan rombakan besar-besaran diperingkat operasi dan pengurusan.
Jangan haraplah insiden kematian 2 orang anggota Komando ini akan mengubah pandangan negatif rakyat terhadap pasukan polis. Rasuah tetap rasuah, penyelewengan tetap penyelewengan, tidak ada ubat untuk menangani semua itu melainkan perubahan drastik dalam pasukan polis secara keseluruhannya.
Sumber : Suara Pakatan Syaitan
Inilah dia wajah sebenar orang orang Pakatan. Bagi mereka, sesiapa yang tidak menyokong dan mengagungkan Anwar Ibrahim, orang itu adalah anjing dan layak dihina walaupun telah meninggal dunia. Langsung tiada rasa bersalah bukan sahaja kepada keluarga anggota polis yang terkorban, malah mereka juga langsung tidak mempunyai rasa takut kepada Allah s.w.t
Seeloknya Admin Suara Pakatan Syaitan ini dicari dan digantung dikhalayak ramai. Orang yang langsung tidak mempunyai hati dan perasaan ini memang tak layak dibiarkan hidup didalam masyarakat.
Inilah manusia yang mempunyai hati tersangat busuk dan meloyakan.Mamposlah PR dalam pru 13 nanti.Jangan ingat saham anda meningkat dengan situasi ini.Kami akan gunakan akal yang waras untuk memilih kerajaan dan kami takkan pilih orang yang bodoh macam kamu!
kita patutnya berterima kasih kepada PDRM dan ATM kerana menjaga keselamatan kita..hehehhee