Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 7, 2013

KALIMAH ALLAH : ORANG KUANTAN NAK 'AJAR' FUZIAH SALLEH



1. Video Youtube ini mengenai Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menolak ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura PAS dan bersetuju dengan pendirian DAP agar kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain. Kisah tentang Video Youtube ini telah tersebar luas di ceruk-ceruk kampung dan bandar di Kuantan.

2. Rata-rata penduduk Kuantan yang ditemui termasuk penyokong PAS melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Ahli Parlimen Kuantan. Berkemungkinan beliau bertindak demikian kerana takut kehilangan undi kaum Cina (Tionghua) dan mahu menjaga hati kaum Cina agar terus menyokong beliau di Parlimen Kuantan pada PRU 13 nanti.

3. Dalam Youtube channel “PKR: Jangan larang guna kalimah Allah dalam Bible”, Fuziah Salleh menyokong kalimah Allah boleh digunapakai oleh penganut agama lain kerana mendakwa maksud kalimah Allah berbeza bagi umat Islam dan penganut agama bukan Islam serta kalimah ini telah digunapakai oleh penganut agama lain sejak dahulu lagi.

4.Kenyataan Fuziah Salleh ini telah melanggar ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulamak PAS, pada 13 Januari 2013 telah menyatakan pendirian bahawa penterjemahan kalimah Lord atau God kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana salah dari segi makna dan tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan.

5. Kenyataan Fuziah Salleh menunjukkan beliau cetek pengetahuan agama Islam dan mengejar 'millage politik' semata-mata. Berkemungkinan beliau tersepit antara mempertahankan Kalimah Allah atau mengejar undi kaum Cina. Akhirnya beliau tergamak menggadaikan Kalimah Allah untuk mengejar kepentingan politik.

6. Rata-rata mereka yang pernah mengundi Fuziah Salleh semasa PRU 12 lalu kecewa di atas pengkhianatan yang dilakukan oleh Fuziah Salleh. Mereka tidak mahu bersubahat menggadaikan Kalimah Allah dan berazam memperbetulkan kesilapan lalu dengan tidak lagi memberi undi kepada Fuziah Salleh dalam PRU 13 nanti.

0 comments:

share2