Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, March 11, 2013

ARTIS VETERAN SERU SOKONG KERAJAAN


Datuk Aziz Satar sedang menyampaikan ucapan


Penduduk bergambar kenangan dengan artis veteran


Ramah mesra penduduk bersama artis veteran


 Barisan 50 artis veteran gembira bersama penduduk

Penduduk bergambar kenangan bersama artis


Artis veteran sedang asyik mendengar ucapan

Penduduk Kampung Chempaka Kuantan tidak sangka bahawa artis pujaan mereka yang berpuluh-puluh tahun lamanya hanya ditonton di tv dan didengari di radio saja tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Kira-kira 600 orang penduduk menyambut artis-artis veteran dalam program Senam Seni Bersama Artis Veteran anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Pahang, Pejabat Menteri Besar Pahang dan JKKK Kampung Chempaka.

Dato' Aziz Satar dalam ucapannya menyeru orang ramai terus memberi sokongan kepada kerajaan kerana berjaya mentadbir negara dengan baik dan pelbagai kejayaan telah dicapai. Tegasnya lagi kerajaan telah banyak melakukan program pembangunan dan kesejahteraan untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama dan ideologi. Negara kita sudah 55 tahun mencapai kemerdekaan maka peliharalah keharmonian kaum dan keamanan negara. 

Beliau juga menyeru orang Melayu/Islam agar bersatu, bak kata P.Ramlee dalam sebuah filem "buat apa nak kelahi hari-hari, lebih elok kita sama-sama bantu buat sawah padi". Beliau juga sempat mengulas dan menyampaikan mesej sambil berlawak katanya "orang lain tidak pandai sandiwara, yang pandai sandiwara tu artis, apabila kena tembak (mati) kemudian bangun balik".

******
Sebenarnya pembangkang cemburu dengan kejayaan yang dicapai oleh kerajaan sebab itu apa sahaja yang kerajaan buat semuanya salah dan ditentang habis-habisan.

Penduduk sangat kagum dengan sikap ramah tamah yang ditunjukkan oleh artis veteran dan perlu dijadikan contoh oleh artis-artis lain termasuklah artis-artis yang baru muncul di dalam dunia hiburan.

Kedatangan artis-artis veteran ini menunjukkan masih ramai lagi artis yang menyokong kerajaan cuma ada 4-5 orang sahaja artis di Malaysia yang sokong pembangkang kemudian bermulut celupar mengata orang itu dan ini.

0 comments:

share2