Ucapan Perasmian YBM Tan Sri Tengku Azlan
Pagi tadi berlangsung program Wacana Kepemimpinan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama Dewan Persuratan Melayu Pahang bertempat di Dewan Seminar Pejabat UMNO Bahagian Jerantut. Program diresmikan oleh YBM Tan Sri Tengku Azlan Sultan Ahmad Shah, Ahli Parlimen Jerantut.
Susulan itu, satu majlis Dialog Editor (DBP) bersama penulis Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) diadakan ditempat sama bagi mendengar keluh kesah para penggiat seni di negeri Pahang khususnya. Antara penulis yang hadir ialah Ami Masra, Daeng Ramli Akil, Marsli NO dan ramai lagi.
Malam nanti bertempat di Taman ICT Jerantut, acara deklamasi/baca puisi, nyanyi puisi dan lagu-lagu rakyat akan dipersembahkan kepada umum. Acara 'Gema Pusis Jerantut' adalah buat julung kalinya acara sedemikian diadakan di daerah ini. Kumpulan Kopratasa juga akan turut hadir bagi memeriahkan acara berkenaan.
Sebahagian peserta wacana yang datang penuh semangat
Menunggu detik permulaan majlis
Tokoh seni-budaya tempatan, Abdul Mutalib Ghani (bersongkok)
Moderator dan ahli panel wacana
Tetamu undangan di acara penutup
Ahli Parlimen menyampaikan cenderamata
Sebahagian editor (selibriti) majalah DBP
Editor Selebriti asal Jerantut
Antara penggerak program wacana, dialog dan gema puisi Jerantut
Sdr. Ami Masra melontarkan pendapat dalam dialog editor
Sebahagian peserta dialog editor
Tak kemana semuanya.... setakat wacana atas kertas ajelah...... hiburan yang lebih.....
komen pun tak kemana sudahnya, bagai pepatah rumah siap pahat berbunyi dan menyalahkan lebih mudah dari memperbaiki.....ke macamana?