Sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kuasa untuk mempengaruhi kerajaan negeri membelanjakan kewangan sama ada kos penerbangan pergi balik, penginapan, makan malam, majlis ucap utama, honororium dan sebagainya kepada mana-mana tokoh yang disukainya dari luar negara.
Akhirnya, Anwar memilih Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih dikenali BJ Habibie sebagai pilihan utamanya dan difahamkan fasiliti dan keraian untuk Habibie adalah kelas pertama sebagai statusnya bekas bekas Presiden Indonesia.
Pewaris Order Lama
Selepas menjadi Presiden Indonesia terpendek iaitu 1 tahun dan 5 bulan, apabila Majelis Permusyawaratan Rakyat (MPR) Republik Indonesia yang dipimpin oleh Amien Rais mendesak Habibie berundur dari jawatan Presiden untuk diganti dengan Presiden baru, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) dari Parti Kebangkitan Bangsa (PKB).
Habibie dilihat sebagai pewaris order lama, pimpinan Soeharto dari Partai Golkar, yang juga didakwa mengamalkan KKN (korupsi, kronisme dan nepostisme).
Selepas diturunkan sebagai Presiden Indonesia, beliau kembali semula ke Kakerbeck, Hamburg, Jerman, tempat beliau pernah belajar, bekerja dan menetap sebelum dipanggil Soeharto pulang ke Indonesia berkecimpung dalam politik.
Namun, semasa Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) menjadi Presiden ke-enam Indonesia, beliau kembali berulang alik dari Jerman kerana dilantik sebagai penasihat Presiden SBY khususnya dalam hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS)
The Habibie Center
The Habibie Center (THC) dibangunkan pada 10 November 1999, bertujuan untuk menggalakkan modenisasi dan pendemokrasian masyarakat Indonesia berdasarkan moral dan integriti nilai-nilai budaya dan agama yang baik.
Kerangka utama modenisasi dan demokrasi yang diperjuangkan THC adalah menubuhkan sebuah struktur masyarakat yang mengakui, menghormati dan menggalakkan hak asasi manusia.
Semua hala tuju badan pemikir Habibie itu terangkum dalam maksud logo THC yang memperjuangkan empat matlamat, budaya, demokrasi, teknologi dan keadilan (hak asasi).
Selaras dengan matlamat THC, maka Ahli Lembaga pengarahnya antaranya terdiri daripada Prof. Dr. Muladi sebagai Timbalan Pengerusi Demokrasi dan Hak Asasi Manusia dan Prof. Dr. Ilham Akbar Habibie (anak Habibie) sebagai Timbalan Pengerusi Institut Pendemokrasian Sains dan Teknologi.
Manakala penggerak utama THC adalah Prof. Dr. Dewi Fortuna Anwar, Pengerusi untuk Institut Demokrasi dan dan Hak Asasi Manusia yang pernah dilantik sebagai pensyarah pelawat di SAIS (School of Advanced International Studies), Universiti Johns Hopkins, AS.
“Dia (Dewi Fortuna) adalah seorang rakan kongres untuk Kongres Amerika Syarikat antara tahun 1990 dan 1991″, lapor wisemuslimwomen.org.
Penaja utama TCH adalah Hanns Seidel Foundation, sebuah yayasan Kesatuan Sosial Kristian (CSU) yang berpangkalan di Munich, Jerman.
“Yayasan Hanns Seidel telah kerjasama dengan Habibie Center dalam mengadakan seminar ‘Pemeriksaan Semula Kepimpinan Berkesan dalam sebuah negara majmuk: Isu dan Cabaran Penyatuan Kepimpinan Indonesia untuk Demokrasi”, lapor habibiecenter.or.id
Hanns Seidel Foundation adalah badan pemikir parti Kristian Demokrasi dan Parti Konservatif di Jerman.
Selain Hanns Seidel Foundation, terdapat lima lagi badan pemikir yang menjadi penaja parti masing-masing di Jerman, antaranya Konrad Adenauer Foundation untuk Parti Kesatuan Demokrasi Kristian dan Friedrich Naumann Foundation untuk Parti Kebebasan Demokrasi.
Jika Hanns Seidel menaja badan pemikir Habibie di Indonesia, Konrad Adenauer pula menaja badan pemikir Anwar, Institut Kajian Dasar (IKD) di Malaysia dan dibantu lagi dengan penaja Friedrich Naumann pula.
Laman fnfmalaysia.org(sebelum dipadamkan) pernah melaporkan Habibie dan Anwar pernah dilibatkan dalam Forum Muslim-Kristian Evangelical di Jerman.
‘Duta’ Jerman Yang Disukai AS
“Sekalipun menjadi warganegara Jerman, tetapi jika tanahairiku memanggil, maka pasport (Jerman) akan saya robek dan akan pulang ke Indonesia” itu petikan kata-kata Habibie yang dilaporkan monomatematics.wordpress.com.
Habibie dianggap sebagai ‘duta Jerman’ yang turut berpengaruh dalam German Council on Foreign Relations (DGAP).
“Meskipun majoriti penduduk Indonesia beragama Islam namun Indonesia bukanlah sebuah Negara Islam, kerana nilai-nilai toleransi antara agama telah menjadi sebahagian dari masyarakat Indonesia,” kata Habibie seperti dilaporkan detik.com.
Ketika Anwar dirawat di Munich, sebaik sahaja dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun September 2004, Azmin Ali melaporkan kepada Malaysiakini, “di hospital, Anwar menerima kunjungan tetamu-tetamu asing, teman-teman lama, pelajar-pelajar Malaysia dan rakyat Malaysia yang bekerja dan berkhidmat di Germany dan Eropah.
“Di antara tetamu ialah bekas Presiden Republik Indonesia, BJ Habibie, ulama terkemuka Shaikh Taha Jabir al-Alwani dan Dr Jamal Barzinji, President of International Crisis Group (ICG), Gareth Evan, Imam Pusat Islam Munich, Al Dessouki dan penterjemah Al-Quran ke dalam bahasa Jerman, Ahmad von Denffer.
“Anwar juga akan menerima kunjungan Pengerusi Friedrich Naumann Foundation yang juga bekas Menteri Ekonomi Jerman, Dr Otto Graf Lambsdorff, dan bekas Presiden Indonesia, Abdul Rahman Wahid (Gus Dur) pada penghujung bulan September”.
Pada Mac 2007, Mohd Yusmadi Yusoff melaporkan Anwar berbengkel bersama Dewi Fortuna tentang era kepimpinan bekas Presiden Indonesia, Habibie di SAIS, Universiti John Hopkins Washington D.C.
“Bengkel tersebut dihadiri oleh pakar-pakar dan sarjana-sarjana terkenal di dalam pengajian Asia Tenggara dan juga individu-individu yang pernah berurusan dan mempunyai pengalaman peribadi dengan Presiden Habibie.
“Antara yang hadir adalah Professor Dewi Fortuna Anwar (Starr Visiting Professor SAIS & Habibie Center), Professor Taufik Abdullah (LIPI), Dr. Marcus Mietzner (Indonesia Institute), Professor Robert Elson (University of Queensland), Dr. Watik Pratiknya (Habibie Center), Dr. Greg Barton (Australian National University), Dr. Yudi Latif (Paramadina University) dan Dr. William (Bekas Penasihat Sains Presiden Habibie), Ambassador Alfonse LaPorta (USINDO) dan Professor Robert Hefner (Boston University).
“Bengkel dua hari tersebut juga dihadiri oleh pemerhati oleh badan-badan terkenal di Washington D.C seperti Lex Rieffel (Brookings Institution), Professor William Wise (SAIS) dan wakil dari USINDO,”lapor Yusmadi.
Lapor Yusmadi lagi Dewi Fortuna turut menceritakan peristiwa Habibie bertemu Nurul Izzah di Batam ketika Anwar ditahan di penjara.
Habibie – Yayasan Jerman & NED
Pada 27 September hingga 1 Oktober 2010, yayasan Jerman, FNF menaja Anwar menemui ahli-ahli parlimen Eropah untuk membantu mempromosi visinya mewujudkan Negara Demokratik di Malaysia.
Pada 28 November 2012 bertempat di Hotel Atlet Century Park, Jakarta, TCH menjemput Anwar sebagai salah seorang ahli panel membincangkan majlis pelancaran buku Habibie bertajuk “Democracy Take-Off?: The BJ Habibie Period”
Turut dijemput bersama Anwar adalah Dr. Bridget Welsh, profesor madya untuk Asia Tenggara di SAIS, John Hopkins yang kini melakukan penyelidikan di Universiti Pengurusan Singapura.
“Bridget Welsh adalah bekas Pengerusi Kumpulan Pengajian Malaysia, Singapura, Brunei dan menjadi perunding kepada Freedom House dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Beliau adalah ahli Majlis Penyelidikan bagi Forum Antarabangsa Pengajian Demokratik untuk National Endowment for Democracy (NED), “lapor bridgetwelsh.com.
Penglibatan Bridget Welsh mengesahkan kajian Edward Aspinall dan Marcus Mietzner dari Center on Democracy, Development, and The Rule of Law, Stanford yang melaporkan kejatuhan Soeharto berpunca dari manipulasi IMF yang menyebabkan Madeleine Albright, ketika itu Setiausaha Negara AS (sekarang Pengerusi NDI, salah satu cabang NED) memaksa Soeharto meletakkan jawatan sebagai Presiden Indonesia.
Selain itu, kejatuhan Soeharto lapor kajian itu juga berpunca dari bantuan penaja asing terhadap NGO-NGO pro-demokrasi dan kumpulan ‘civil society‘ Indonesia yang berselindung di sebalik slogan ‘People’s Power’.
USAID, NDI, NED, The Asia Foundation, Ford Foundation dan yayasan-yayasan Jerman dilaporkan memainkan penajaan tersebut.
Selepas Habibie menaiki taktha menggantikan Soeharto, beliau memerdekakan Timur Timur sebagai sebuah negara Kristian.
Sumber :
AnwarAIDC
0 comments:
Post a Comment